Pak Juna, Pak Lion, Pak Lupa dan Pak Rahim (Ustaz Rahim). Sahabat-sahabat dari Indonesia yang suatu ketika dahulu amat rapat dengan Tok Bah. Pak Lion adalah orang asal di Long Kawa. Berketurunan Iban.
Masa bekalan makanan terputus. Pak Lion pernah jeratkan kami pelanduk dan ayam hutan. Alhamdulillah. Merasa hidup bersama alam semulajadi.
Sebelum dipindahkan ke Sabah dulu. Pak Rahim dan Pak Juna merupakan orang yang paling sedih. Pak Lion terus tak datang sebab tidak mahu tengok Tok Bah pergi.
Ini gambar sebelum berpindah. Istirehat di Long Kawa (Sungai Kawa) yang bersih dan nyaman.
Seorang sahabat lagi bergelar GAM. Kerana beliau dari Aceh. Tidak ada dalam gambar.
Semoga kalian dalam keadaan baik dan sihat sahaja. Semoga masih ada pertemuan suatu hari nanti. Insyaallah
No comments:
Post a Comment