Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
CAPAL
Pertama. Tok Bah berbesar hati dengan izin untuk tagged sahabat Tok Bah. Ustaz Mohamad Faizal. Seorang sahabat yang banyak berkongsi ilmu. Semoga gugusan ilmu tidak akan sama sekali terpadam oleh kejahilan, bahkan menyinari kekusutan umat. Insyaallah
Teras yang dibentukkan sebagai capal Rasulullah saw. Sebagai tabarruk atas Baginda saw yang mulia. Khas Tok Bah keluarkan bagi sahabat-sahabat yang berminat. Insyaallah
Sedikit lain dari bentuk asalnya kerana kesukaran dalam pembuatan. Namun, mudahan ianya menjadi asbab jatuhnya cahaya kecintaan pada junjungan besar Baginda saw. Insyaallah
Tok Bah petik sedikit penulisan dari 'The Capal'. Ulama-ulama mengukirkan Capal sebagai tanda kecintaan pada Rasulullah saw. Hinggakan Capal yang hanya terletak di telapak kaki Baginda saw dirasakan lebih mulia dari amal tubuh mereka. Hal ini amat sukar untuk difahami oleh mereka yang tidak pernah mengecapi fana-ur-rasul.
Kecintaan yang menuntut untuk mencintai apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan yang dicintainya.
TABBARUK merupakan suatu jalan kesufian dalaman diri. Mengambil berkat diatas segala kelebihan orang-orang mulia. Hatta debu di kaki mereka.
Dengan mengambil barokah ini, datangnya nilai kasih. Tersemainya nilai rindu. Dan keindahan mengulah ukhuwwah dalam perjalanan mendekati ketuhanan. Hatta sekecil perkara, bahkan rindu itu membuah mekar.
Keychain Capal ini diperbuat dari Teras Pinang Emas (Pinang Hutan) dan juga dari Teras Kemenyan. Yang mana kedua-dua teras ini telah diperpanjangkan pada post yang lalu. Boleh rujuk post lalu untuk lebih maklum. Insyaallah
Dijemput sahabat-sahabat yang dikasihi untuk peminangan. Insyaallah
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment