Sunday, February 4, 2018

SEKADAR PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Janganlah kita hanya melalak di gelanggang sendiri. Hebat berjurus itu ini. Tapi di luar gelanggang, kentut pun terkepit-kepit. Amat memalukan. Pung pang pung pang. Bila ditanya. Petik nama orang tu. Petik nama orang ni. Yang tiada perkaitan dengan soalan. Dan soalan yang diajukan. Tiada jawapan.

Jika ada persoalan yang tidak memuaskan hati. Adalah terlebih baik terus sahaja bertanya empunya yang tidak dipuaskan hati sangat tu. Bukankah itu lebih beradat dan beradab? Tidak guna terus menerus bermain tarik tali. Kerana itu bukanlah langkah seorang laksamana. Melainkan pengecut yang berselindung disebalik tarian silat.

Tok Bah tidak pernah menidakkan atau mengiyakan item seller-seller lain. Apabila adanya seller yang bermain kata di belakang. Itu memualkan. Walhasil seller tersebut berada dikedudukannya sekarang pun adalah hasil campur tangan Tok Bah. Tidaklah mahu diperpanjangkan perihal ini.

Begitu pulalah sejenis lagi manusia. Yang perkataannya 'bereh', 'boleh', 'tiada masalah' dan lain-lain. Yang kononnya hendak belajar bertukang. Setelah dibelikan segala kelengkapan. Hanya menunggu masa dipertukangkan. Manusia tersebut pula menghilangkan diri. Spesis ini ramai di mana-mana pun. Tok Bah tidak nafikan.

Apapun, sebagai orang yang mengaku mempunyai jatidiri keMelayuan. Beradat dan beradablah kita. Jangan sekadar bertari di gelanggang sendiri. Wallahualam

Gambar : Pangkal Tanduk Lembu Mati Beranak

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com



No comments:

Post a Comment