Wednesday, February 28, 2018

28 FEBRUARI

28 Februari. Genap 31 tahun pemergian kalian.

Telah berlalu musim kesedihan,
Hingga teralpa segala kenangan,
Tiada kasih sebelum kematian,
Tertulis rindu saat kehilangan

Al Fatihah buat kekanda.

Allahyarham Zoraidee Ariffin
Allahyarham Hafiz Ariffin



Tuesday, February 27, 2018

COTA TERAS LAKA

COTA TERAS LAKA / TERAS MENANG

Sepanjang hayat ni, belum pernah bertemu Teras Laka yang bergewang. Hanya dengar cakap-cakap sahabat sepencarian alami.

Alhamdulillah. Rupanya ada dalam simpanan selama ini. Tidak perasan kerana tidak pernah disentuh.

Dengan sedikit sentuhan tanpa mengubah sepenuhnya sifat asalannya. Siap untuk dimaharkan. Item tunggal. Lain tidak dijanjikan gewang.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







FOSIL TERAS CINDAI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

FOSIL TERAS CINDAI

Teras Cindai merupakan sejenis teras yang amat jarang ditemui. Walaupun seringkali Teras Cindai ini disamakan sifatnya akan pohon ratu pari. Namun hakikatnya adalah persimpangan perbezaan. Tidaklah sama akan keduanya.

Dalam kaedah pemakaian diri, Teras Cindai menjadi salah satu tonggak pegangan.

Antara khasiat alamiah yang sering diperkatakan oleh orang-orang yang telah melaluinya. Pengasih, penyekok, selisih, pembisa, cah ligah gerak, penunduk dan pelimun. Adapun itu, tiadalah erti lainnya. Melainkan dikecap rasa sendiri atas perjalanan diri.

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : http://tokbahpermata.wasap.my/

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Monday, February 26, 2018

FRANCE LA POSTE

Alhamdulillah. Hasil 'click' yang terkumpul. Total dalam USD.

Click lah banyak lagi. Ahahaha....Tok Bah gurau sahaja. Apapun, nilai click ini tidak mampu ditukar gantikan dengan sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong Tok Bah.

Tempahan berbaki untuk permata masih ada dalam dua puluh biji. Siap permata baru Tok Bah akan menyambung tasbih. Kepada sahabat yang memaharkan tasbih. Tok Bah harap kalian bersabar. Sentiasa dari Tok Bah adanya saguhati bagi yang sabar. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : http://tokbahpermata.wasap.my/

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




Saturday, February 24, 2018

TERAS ARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS ARA

Pohon Ara merupakan sejenis pohon yang amat ditakuti kanak-kanak pada zaman dahulu. Kononnya pohon ini berpenunggu. Seringkali kedengaran adanya terjadi gangguan halus tatkala melintasi pohon ara. Apatah lagi pohon ara seringkali menjadi tempat pemujaan dan 'pembuangan'. Namun, kisah ini sepertinya menjadi kenangan zaman.

Teras Ara merupakan sejenis teras yang dikategorikan amat sukar untuk ditemui. Adakala terasnya tidaklah hanya tertakluk di batang utama. Ada yang hanya berteras di cabang dahan, ada yang berteras di tengah sahaja.

Telah dinyatakan pedoman leluhur akan padanya teras ini. Yakni sebaik ia pelindung diri dan pemagar halus. Menepis padanya tuju-tuju. Sepaling hampir sedekat hanya sebesar butir padi. Dan tiadalah membawa penanggung itu akan mudarat.

Demikian pula atasnya sifat pengasih dan pelaris. Hatta, dinyatakan khusus padanya sebagai suatu pembisa yang unggul.

Leluhur tua yang bijaksana menyatakan lagi, bahawa Teras Ara merupakan satu medium dalam 'memanggil' khadam. Adalah ini suatu jalan menuntut. Tidaklah diperkongsikan lebih satu yang ini. Dan tiadalah sambungan padanya ilmiah tersebut pada Tok Bah.

Whatsapp : http://tokbahpermata.wasap.my/

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Thursday, February 22, 2018

TERAS RHU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Gambar merupakan teras pohon rhu. Pohon yang kebanyakan terdapat di pantai. Sekadar satu perkongsian. Untuk tatapan sahabat.

Teras pohon rhu merupakan 'kembar' atau menyerupai beberapa teras. Seperti teras beko(bonglai), teras kekabu dan teras petai.

Pun demikian, sehampir manapun ia. Tetaplah terdapat perbezaan. Wallahualam

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : http://tokbahpermata.wasap.my/

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Wednesday, February 21, 2018

COTA TERAS CELAGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

COTA TERAS CELAGI (ASAM JAWA)

Teras Celagi merupakan suatu teras alami yang diketahui umum sebagai suatu asbab besar dalam pemagar diri, keluarga dan tempat tinggal. Banyak dilihat para muallij menjadikan Teras Celagi sebagai suatu medium perantaraan dalam perubatan.

Teras Celagi terbahagi kepada dua. Teras Celagi Masam dan Teras Celagi Manis. Yang sukar diperolehi adalah dari celagi yang masam. Adapun khasiatnya itu tidaklah dinisbahkan manis atau masam. Hanyasahaya yang masam itu digelar sebagai item 'pisik'. Adapun milikan Tok Bah ini dari Celagi yang masam.

Cota Teras Celagi ini Tok Bah tidak buat banyak. Dek kerana tidaklah banyak simpanan yang ada. Untuk kali ini, Tok Bah menjadikan item ini sebagai item tunggal.

Sahabat-sahabat yang berminat dijemput untuk merisik. Insyaallah

Whatsapp : http://tokbahpermata.wasap.my/

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Monday, February 19, 2018

KELUARGA PEMBISA BERBINTIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Disebabkan Tok Bah masih sibuk menguruskan perihal penama-penama lembu korban untuk tahun ni. Tok Bah cuba ringkaskan sehabis boleh.

Ramai PM Tok Bah bertanya tentang Pinang Emas/Pinang Hutan. Yang kelihatan seakan-akan nibong. Disini Tok Bah sertakan keluarga pembisa berbintik untuk tatapan dan renungan sahabat sekalian.

Dari kiri gambar Teras Bujang Galak Pinang Puteri, Sulur Bertam, Teras Ibo, Teras Nibong Tunggal dan Teras Pinang Hutan. Kelima-limanya mempunyai galur urat yang sehampir sama. Namun, masih berbeza bagi orang yang reti menilai urat teras. Antara mereka amatlah jauh berbeza kiranya bagi tiap satu. Tidak kiralah sama ada dicanai secara menegak atau melintang. Tetap sahaja terlihat perbezaan.

Maka ini renungan, hendaklah disemaikan agar tidaklah lagi dipersoalkan di depan hari kelak. Mudahan perkongsian ini membuka sedikit perbezaan bagi sahabat sekalian.

Wallahualam.












TASBIH TERAS MINI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH MINI 33 BIJI
TERAS CAMPURAN

- Teras Celagi / Asam Jawa
- Teras Asam Gelugor
- Teras Hitam Arang
- Teras Panca Delima
- Teras Macang Hutan
- Teras Beringin
- Teras Keluat Nasi
- Teras Mempelas
- Teras Kemuning Hitam
- Teras Kemuning Emas

Imam daripada Teras Kemuning Emas. Rambai dua biji Teras Kemuning Hitam. Tali gelang. Elastik. Selesa diguna dan mudah dibawa.

Alamiah alam sebagai suatu perbekalan. Insyaallah

Untuk tempahan dan urusan :-

Whatsapp : http://tokbahpermata.wasap.my/

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Sunday, February 18, 2018

PERMATA GABUNG

Item gabung yang menjadi kegemaran akhir-akhir ini.

Gabungan Fosil Tulang Mawas, Madu Lebah Jadi Batu dan Fosil Geraham Gajah.

Untuk urusan boleh terus whatsapp :-

Whatsapp : http://tokbahpermata.wasap.my/

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com