Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Air satu tempayan jika dicampak secubit garam. Tiadalah masin akannya air. Namun, jika setiap hari secubit garam dicampak. Lama kelamaan air didalamnya akan masin jua.
Begitulah perihalnya ilmu dan amal. Panjangnya masa dalam menuntut. Menebalnya kesabaran dalam mengamati dan menghayati. Redhanya waktu dalam mendarah dagingkan sesuatu ilmu dalam diri kita.
Tiadalah ada padanya orang yang berilmu itu 'belorak gaduh' menaiki takhta sang guru. Mereka yang memahami adab, tidaklah taksub mengharapkan pandangan dan pujian manusia. Dan tiadalah dalam diri mereka menjual jual semudahnya ilmu yang diperolehi. Kerana, mereka memahami kesukaran dalam memperolehi ilmu. Apatah lagi betapa sukarnya mengecapi kemanisan amal. Wallahualam
*belorak gaduh - (terburu-buru)
Bahlol Dana
29/08/2016
No comments:
Post a Comment