Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Adalah sesuatu ungkapan itu terlebih mudah dari perbuatan. Dalam kita menjalani kehidupan. Maka, tiadalah terlepas akannya ia kesalahan dan dosa. Walau sebesar hama sekalipun.
Ramainya orang mengaku meniti jalanNya. Mengangkat diri tinggi lah melebihi langit dan awan. Berkata sekadar penyedap ucapan. Berilmu sekadar berdebat lawan. Hakikat asalnya tidaklah capai hati yang berkeinginan. Berkulat kulat dalam ketercelaan. Terasa sempurna dalam kecacatan.
Orang tua berpesan pesan. Beramal kerana mengharap fadhilat, nanti berkulat. Beramal kerana kasihnya ilmu, terangkat darjatmu.
Tiadalah adanya jalan pintas dalam menuntut. Kerana diantara salah satu syarat menuntut ilmu itu adalah 'PANJANGNYA MASA'. Maka, hadam dan fahamilah wahai saudara sekalian. Agar betul benar jalan kita melangkah. Agar mampu kita bersua kembali di hari kelak. Jangan dibawa usulan gamok gamok. Kelak dicela ilmu, dihina amal. Jatuh terkankang, terlepas pegangan.
Tulisan ini hanya berkongsi cuma. Jika tersalah, mohon ampun dipinta. Jika berkenan, pahatlah dalam perjalanan. Wallahualam
Bahlol Dana
24/08/2016
No comments:
Post a Comment