Monday, August 15, 2016

CINCIN BESI SAYAP KUMBANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

BESI SAYAP KUMBANG

Item ini tidaklah untuk jualan. Sekadar berkongsi serba sedikit milikan Tok Bah. Perkongsian ini bukanlah berniat untuk meninggikan diri. Jauh sekali meng'claim' diri sebagai orang hebat. A'udzubillah min zalik

Besi Sayap Kumbang ini telah diamanahkan pada Tok Bah oleh seorang guru tua. Amanah yang memunculkan ketidaksenangan hati di kalangan murid tua yang lain. Dek kerana Tok Bah bukanlah anak didik secara langsung. Bahkan dianggap orang luar oleh setengah darinya. Segala apa yang tersurat dan tersirat. Jawapan kepada persoalan2. Terkandung terkatup rapat didada guru tua tersebut. Tok Bah hanyalah penjalan amanah.

Mengikut halnya guru tua tersebut. Besi Sayap Kumbang merupakan diantara besi yang hidup. Yang berubah akannya warna mengikut perihal batang tubuh penanggung.

Sepanjang Tok Bah memakai cincin Besi Sayap Kumbang ini. Nyata ia berubah dari hitam kepada rekahan putih. Diikuti keunguan dan kehijauan. Setelah beberapa ketika, perubahan hari ini paling mengejutkan. Munculnya kilau kuning keemasan. Dan ia mengeluarkan peluh. Sedang ia bukanlah dari jenis besi berpeluh.

Pun khasiatnya dikongsi hanya sekerat. Yakni dipedomankan akannya sebagai 'jalan hidup' atau 'rahsia jalan'. Yang tidaklah dapat tidak, hanya mampu ditafsir oleh mereka yang melaluinya. Bukanlah ia dengan kata2. Wallahualam

Bahlol Dana
15/08/2016

No comments:

Post a Comment