CAPING KELANTAN
Caping merupakan satu alat bagi menutup kemaluan kanak2. Baik lelaki mahupun perempuan. Sejarah tercatit, penggunaan caping tidaklah meluas di Tanah Melayu. Melainkan beberapa buah negeri sahaja yang membawa adat bercaping. Antaranya, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.
Caping bagi leluhur terdahulu melambangkan adat dan darjat. Bagi golongan istana dan bangsawan, caping diperbuat dari emas, suasa dan juga perak. Lain halnya rakyat kebanyakan, yang kerap menggunakan tempurung dan kulit siput sebagai penghasilan caping.
Demikian juga halnya upacara majlis pemakaian caping. Bagi golongan istana dan bangsawan, keraian besar besaran dilakukan dan bangkitan semangat diseru dipuja oleh dukun atau bomoh. Manakala, bagi rakyat kebanyakan, hanya sekadar menepung tawar dan keraian kecilan. Jampi dan mantera yang dibangkitkan adalah sebagai melindungi anak2 kecil dari terkena gangguan kejahatan.
Leluhur terdahulu yang memegang adab beragama tidaklah menyisihkan kaedah pemakaian caping. Melainkan dibawa akannya penerapan nilai2 Islam. Dengan diberi nafas baru dalam setiap kaedah dan wajahan.
Bagi anak lelaki yang memakai caping, diwajahkan akannya luhuran pahlawan dan jati diri. Semangat melindungi dan pasak utama keluarga.
Wajahan bagi anak perempuan pada kebiasaannya adalah bagi melindungi kesucian diri dan kehormatan turunan. Temurun mengatakan, andai berniat orang mengkhianati anak perempuan. Tiadalah ia sampai khianat. Melainkan gagal dan tidaklah berkepulangan hingga mendapat ampunan dari tuan empunya.
Caping kepunyaan Tok Bah ini diperbuat dari perak lama. Tidaklah Tok Bah berniat untuk mencucinya dan mengilaukannya sebagai menghargai nilai antik disebaliknya.
Item ini Tok Bah khususkan bagi mereka yang memahami sahaja. Untuk item ini, komen 'pm' tidak akan dilayan sama sekali.
*Tidaklah menjadi suatu perkara besar akan maharnya bagi mereka yang memahami nilai antik. Lebih lagi pemakaian diri yang cukup jarang ditemui kini.
Whtasapp : 0182549012
No comments:
Post a Comment