Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
MUHAMMAD BIN SAMAN@MAT SAMAN SULAIMAN@MAT KELANTAN
(Penggunaan seterusnya adalah atas nama Mat Kelantan)
Mat Kelantan merupakan diantara leluhur pahlawan terdahulu yang memperjuangkan Tanah Melayu. Seangkatan akannya Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman, Tok Janggut dan lain2.
Nama beliau tidaklah gah sepertimana nama pahlawan terbilang yang lainnya. Malahan, catatan sejarah tentangnya boleh dikatakan hanya terdapat satu sahaja. Yakni ketika peristiwa pengisytiharan diri Mat Kilau. Beliau merupakan orang yang mengesahkan kebenaran Mat Kilau. Hanya satu2nya sejarah tentang Mat Kelantan yang tertulis.
Tidak dapat dipastikan mengapa sejarah Mat Kelantan ini tidak tertulis secara terperinci. Mungkin kerana perjuangannya tidak seberapa. Mungkin kerana keciciran dalam catitan sejarah. Mungkin tiada kepentingan. Mungkin kerana beliau masih hidup, maka sejarah tertulis itu tidak bermakna. Mungkin kerana ada rahsia yang cuba disembunyikan. Wallahualam
MAT KELANTAN GURU MAT KILAU
Sejarah tercatit, Mat Kilau dan sahabat2nya melarikan diri setelah diasak dan diburu oleh penjajah British. Persinggahan pertamanya adalah di Kuala Terengganu. Diangkat semangat perjuangan dan jihad yang kian luntur oleh Tok Ku Paloh. Kemudian setelahnya keberangkatan Mat Kilau dan lain2 ke Kelantan. Dalam mencari perlindungan. Disinilah titik pertemuan kedua pahlawan hebat ini. Yakni Mat Kilau dan Mat Kelantan.
Satu catatan dari Amalan Gerak Mat Kilau. Yang diterima ijazahnya oleh Haji Abu Bakar Awang, yakni menantu Mat Kilau. Tercatit akannya tawasul. Dan diantara nama2 yang ditawasulkan. Adalah ia 'Syekh Muhammad Saman r.a. '. Sekaligus menjadi bukti Mat Kilau menerima sanad ilmu dari gurunya. Yakni Mat Kelantan. (Catatan amalan gerak Mat Kilau ini Tok Bah terima dari seorang sahabat)
KEMATIAN TOK JANGGUT
Diantara perkara yang menjadi perdebatan. Adalah kematian Tok Janggut. Diantara pantun dari Mat Kelantan
Dikata orang mati ditikam,
Mayatnya pula diarak panjang,
Dikata orang dimakam di Pasir Pekan,
Bukanlah dia bukanlah bukan
Leluhur terdahulu menurunkan dari lisan. Bahawa Tok Janggut itu menghadap Ilahi saat beliau sedang menggobek sireh. Bukan kerana dibunuh. Hanya tiga orang yang menguruskan jenazahnya. Mat Kelantan, anak sulong Tok Janggut dan seorang muridnya. Jenazah dikebumikan di daerah kelahirannya.
AKHIR KALAM
Sejarah Mat Kelantan hingga kini masih dikaburi misteri. Kehilangannya masih dikhuatiri. Kematiannya masih menyepi. Malah hidupnya mungkin tersembunyi. Wallahualam
Gambar
1. Mat Kelantan@Mat Saman@Muhammad Bin Saman
2. Mat Kelantan ketika di rumah Mat Kilau
3. Mat Kelantan bersama Mat Kilau
4. Catatan dari Amalan Gerak Mat Kilau
Bahlol Dana
31/08/2016
Harga Sebuah Kebebasan