POCOK OMOR / SINDAT SANGAR
Menerima hadiah dari sahabat tukang Cemeti Ali dari Kalimantan. Seutas tali yang diberi nama sebagai Sindat Sangar.
Sebenarnya agak pelik jualah kerana tiba-tiba ada tali ukuran lilitan pingang. Dan talinya hanya sekadar tali. Setelah ditanya rupanya ia adalah Sindat Sangar yang diuntai dan diwajah oleh tetua berkat dan keramat dari Desa Dalam Pagar.
Tok Bah tak tahu perihal Sindat Sangar ni. Tak sampai ilmu. Bilamana diterangkan oleh sahabat ini. Maka agak terkejut jualah. Kerana dalam kaedah ilmu tua tanah Jawi Kelantan juga adanya kaedah yang sama. Nama dan kaedah sedikit berbeza. Di Tanah Jawi Kelantan, Sindat Sangar ini dipanggil sebagai Pocok Omor.
Sindat Sulaiman dan Pocok Omor ini merupakan pintalan tali yang mana setiap pintalannya diiringi doa, zikir dan hajat orang yang menginginkannya.
Sindat Sangar dan Pocok Omor juga merupakan suatu azimat perang. Yang mana pendekar atau hulubalang terdahulu memakainya dengan tujuan keselamatan dan pencegahan mata senjata yang beracun.
Adapula umumnya itu tetaplah jua. Sepertinya untuk keselamatan, pendinding diri, pengikat kasih, wibawa diri dan lainnya.
Yang membezakan sedikit dari pegangan. Pocok Omor dipintal dengan kaedah lidah di lelangit untuk tiap pintalan. Dan didoakan khusus agar hati terkunci dan terpintal dalam rahmat dan kasih sayang seorang hamba kepada Sang Pencipta. Suatu kaedah pasak batin bagi mengunci hati dari memandang selain dari memandangNya. Sedangkan bagi Sindat Sangar, setiap satu simpulan itu ditahan satu nafas atas dengan diiringi wirid dan zikir.
Pocok Omor semakin dilupakan. Kaedahnya, ilmunya dan segala iringannya makin ditelan arus. 10 tahun sebagai sosok Tok Bah. Hanya tiga pintalan Pocok Omor dibuat. Itupun kerana ada pemahar yang bertanya. Inikali baru dibuat post umum.
Sindat Sangar atau Pocok Omor mempunyai persamaan khusus. Iaitu dari segi kaedah pakainya.
Pertama. Simpulan Arasy. Dalam bahasa mudahnya simpulan mati. Kaedah ini hanya diikat sekali sahaja dan dipakai tanpa dibuka selama mana hayat.
Kedua. Simpulan Fana. Simpulan ini adalah simpulan yang boleh dibuka. Nak mandi buka. Nak tidur buka. Fleksibel nak pakai atau tidak.
Mana-mana kaedah tu atas pilihan sendiri.
Sahabat disana juga agak terpana dengan persamaan ini. Tok Bah berbesar hati untuk membalas hadiahnya dengan seutas Pocok Omor . Dan diampilkan olehnya dengan tempahan 7 utas Pocok Omor untuk ahli keluarganya. Alhamdulillah
Sebagai menzahirkan rasa kegembiraan dua Tanah Adat yang bersatu melalui kaedah ilmu dan alami. Tok Bah membuka ruang bagi sahabat untuk permaharan Pocok Omor buat kali pertamanya secara umum. Insyaallah
Untuk permaharan Sindat Sangar pula. Sahabat tukang disana bersetuju untuk berkerjasama. Melalui perantaraan Tok Bah untuk memudahkan urusan dua hala. Insyaallah
Pintalan tali menyimpulkan hati,
Menyisik dua tanah adat,
Itu kalungan Rahmat Ilahi,
Disaat pupus dibukakan nikmat
Gambar : Sindat Sangar (Pintal Hitam). Pocok Omor (Pintal Cindai)
Whatsapp : 0189010623
No comments:
Post a Comment