Setelah berbincang dengan tukang perak Tok Bah. Beliau mengambil keputusan untuk tidak meneruskan Capal Silver terdahulu. Pertama kerana harganya. Kedua kerana kesulitan untuk mengepingkan Perak. Ketiga kecaman yang dia dapat. Agak sedihlah dengan keputusan beliau. Tapi kita hormati.
Untuk meneruskan legasi Capal berunsurkan logam. Tok Bah dengan kerjasama Zai Permata mengeluarkan Capal Timah. Edisi mampu milik. Insyaallah
Baik kita berbalik kepada terasnya. Dalam ilmu Melayu Tua. Logam memainkan peranan penting dalam pengaliran tenaga alami mahupun tenaga amal. Penyerapan tenaga melalui logam ini dikembangluaskan dengan ilmu moden tentang aliran.
Empat logam yang memainkan peranan yang amat penting dalam aliran alami dan amal adalah Perak, Tembaga, Besi dan Timah. Adapun pada bawaan itu pula adalah pelbagai. Baiknya ia dari segi senjata seperti keris, badik dan lainnya. Mahupun perbekalan diri terdahulu seperti cekati, gobek, semar atau lainnya. Mahupun sebagai pasuk susuk yang mana amat dilarang nan satu ini.
Maka Timah itu termasuk didalam logam yang lembut diantara logam lainnya. Demikian zatnya itu tidaklah menjadi beban kepada bawaan pada kaum Hawa yang mana terselitnya pantang larang terhadap yang lainnya. Tiadalah bagi Timah akan halangan tersebut.
Timah jua dianggap keramat ibu dek kerana jasadinya yang mampu diolahkan sebagai 'dakwat'. Satu kelebihan yang tidaklah dimiliki oleh logam lainnya. Yang mana ianya menjadi salah satu kaedah dalam menulis wafaq atau ayat penyembuh pada sesuatu lakar. Yang kemudiannya dialir air atau dikekalkan lakarannya sehingga hilanglah demi masa.
Mengambil tabarruk terhadap Capal Rasulullah saw. Dan kecintaan Tok Bah sendiri terhadap lakaran ini. Maka rasminya Capal Timah ini menggantikan sepenuhnya Capal Silver sebelumnya. Insyaallah
Whatsapp : 0189010623
No comments:
Post a Comment