Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Sedikit makluman berkenaan aktiviti Ramadhan yang bakal tiba. Setelah berbincang panjang dengan Opah kalian dan partner-partner sejati Tok Bah. Tahun ini pun sebagaimana dua tahun sebelumnya. Kami tidak lagi menerima sebarang sumbangan untuk tajaan berbuka puasa mana-mana pihak. Yang dah terlajak bank in sebab dah bertahun terbiasa. Boleh bagi nombor akaun masing-masing. Tok Bah akan bank in kan balik. Mana yang tak nak bagi nombor akaun. Tok Bah beli nasi bungkus je nanti letak di masjid atau salurkan pada mana-mana pihak yang layak puasa nanti. Kira tugas terakhirlah tu.
Ada sebab kami hentikan semua dana sumbangan. Biarlah sejarah tersebut. Itu tak penting.
Kami memahami antara sahabat ni memang suka amanahkan sumbangan-sumbangan ni pada kami. Maka untuk wujudkan win-win situation. Iaitu pihak kami untung dan kalian dapat juga beramal di bulan mulia nanti. Kami memutuskan tiap pembelian apa jua dari kalian. Kami akan potong peratus untuk disumbangkan atas nama kalian. Jika banyak peratusnya kami akan beli makanan untuk orang-orang berbuka. Jika kurang peratusnya maka peratus tersebut akan dijadikan sebagai sedekah Jumaat.
Berapa peratus tu biarlah kami yang uruskan secara fleksibel tanpa ketetapan. Kerana ianya hak kami secara keseluruhan. Peratus terendah adalah 5 peratus. Dan seterusnya itu dari ketentuan mengikut keadaan semasa.
Bermula bila? Bermula malam ini sehinggalah seminggu sebelum hari raya. Insyaallah
Diatas persetujuan bersama semua pihak berkepentingan. Kita mulakan dengan lima utas tasbih ini sebagai mengambil suasana ber'tasbih' menyambut kedatangan Ramadhan.
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ ۖ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ
Silakan. Insyaallah
Whatsapp : 0189010623
No comments:
Post a Comment