Tasbih Batu Petir
Utas 100, penanda 41, 9, 41. Jarang keluarkan Batu Petir sebab barang susah nak ada. Mahal tu tidaklah sangat. Tapi bagi sesetengah orang tidak mampu milik.
Istilah mahal pada tasbih itu jika dimengertikan. Ianya berbaloi bagi yang diberikan rezeki faham. Bagi yang tidak memahami. Ianya cukup sekadar alat ke neraka. Hmmm..
Untuk berhubung sesama manusia, kita sanggup beli telefon mahal-mahal. Berjenama. Spesifikasi pelbagai. Walhal yang diguna hanya dua tiga applikasi sahaja. Kita tidak pernah berkira tentangnya. Dan sentiasa ternanti-nanti akan keluaran telefon terbaharu.
Bilamana sesuatu 'alat' yang dinisbahkan untuk kita berhubung dengan Tuhan. Maka ianya menjadi pelbagai karenah. Mahallah. Bidaahlah. Itulah. Inilah. Tanpa sedar kita sebenarnya terlalu berkira-kira dalam menautkan hati kita kepadaNya.
Lebih sayu apabila sesetengah dari kita berkehendak diri akan gelaran ahli zikir. Tapi hati tidak pernah mengecapi alunan zikir. Bahkan menjadi penentang pula terhadap orang-orang yang mencari keberadaan zikir itu terhadap sesuatu kebergantungan talian hayat. Yakni untaian tasbih. Dahlah diri tu malas berzikir, menghalang pula orang berzikir. Kemudian menisbahkan diri sebagai ahli zikir. Amat memalukan.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment