Monday, January 10, 2022

BATU KURSANI

 BATU KURSANI


Tok Bah cuba memudahkan pemahaman berkenaan Kursani. Mudahan dengan sedikit perkongsian ini akan menjelaskan duduk perkara perihal Kursani.


BANGKITAN KURSANI. Ianya membabitkan amalan. Yang Tok Bah terima kena renew setahun sekali. Selama 41 hari setiap tahun. 40 hari amalan. 1 hari khatam. Ada beberapa kaedah tertentu. Seperti menyalir jasad dengan 'air telaga asal'. Amalannya memerlukan ketegasan diri dan amat ketat disiplinnya. Tertinggal satu kaedah, kena ulang dari awal.


Bangkitan Kursani ini merupakan salah satu kaedah dari amalan hulubalang dahulukala. Kursani pada tubuh terletaknya di Sulbi Adam atau dalam bahasa medicalnya tulang Coccycx. Iaitu tulang yang kita akan dibangkitkan kembali selepas kematian. 


Berkenaan amalan Bangkitan Kursani ini, Tok Bah hanya menerima dan tidak diizinkan memberi ijazah. Maka tak payah minta dan tanya. Tok Bah tidak akan melayan.


PERMATA KURSANI. Batu Kursani atau Tasbih Kursani ini pula adalah dari alamiah. Batuan alam. Menjadi asbab tampalan pada diri. Tiada tak mengapa. Ada lebih baik.


Adapun padanya pedoman. Alamiah Kursani ini menjadi sabit bagi mereka yang tidak mendapatkan waktu terhadap amalan Kursani. Ditegaskan bahawa akannya itu tampalan. Tidaklah sama kedudukannya terhadap jalan amal. 


Apakala itu tiadalah kebersamaan, tiadalah pula ianya menghalangi jalan tujuannya. Bagi mereka yang memahami, maka fahamlah bahawa akan tiap kejadian itu ada gunanya untuk akal berfikir.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com










No comments:

Post a Comment