Dalam landasan ilmu Melayu Tua. Asbab menjadi keutamaan dalam menyandarkan sesuatu pedoman. Antara salah satu contoh ialah 'tembus kejadian'.
Tembus kejadian terjadi secara alamiah. Bukan kerana ditebuk atau dibuat. Yakni sesuatu yang terhasil itu adalah dari asali.
Tembus kejadian dalam kaedah ilmu tua terbahagi kepada beberapa cabang. Tok Bah memetik kalam alamiah untuk permata sahaja ya.
Untuk permata, tembus alami merupakan suatu ketandaan kerezekian. Seumpama tadahan yang melurut dari atas terus ke bawah. Simbolik turunnya rezeki terus tanpa halangan dariNya kepada kita.
Dalam keterangan pemahaman yang lebih lanjut. Tembus kejadian menjadi asbab dipermudahkan akan urusan dan menjadi sabit akannya lerahan jalan kehidupan.
Demikian sedikit perkongsian berkait ketandaan tembus kejadian. Ghalibnya Tok Bah tidak akan menutup tembus alami seperti ini. Melainkan diinginkan oleh sahabat pemahar untuk dipasak sesuatu bagi tujuan lainnya.
Gambar : TANDUK RUSA PUTIH LURUH
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment