Friday, January 28, 2022

NIBONG TUNGGAL DIPANAH LINTAR

 Nibong Tunggal Dipanah Lintar


Pembisa dan pemberat pukulan. Antara pembisa berbintik yang dikira-kira wajib ada dalam simpanan. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Thursday, January 27, 2022

TERAS GEMUNGGAL HITAM

 Teras Gemunggal Hitam


Hanya untuk permata sahaja. Tiada stok untuk tasbih atau gelang. Mohon maaf. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






TANDUK RUSA PUTIH LURUH

 Dalam landasan ilmu Melayu Tua. Asbab menjadi keutamaan dalam menyandarkan sesuatu pedoman. Antara salah satu contoh ialah 'tembus kejadian'.


Tembus kejadian terjadi secara alamiah. Bukan kerana ditebuk atau dibuat. Yakni sesuatu yang terhasil itu adalah dari asali. 


Tembus kejadian dalam kaedah ilmu tua terbahagi kepada beberapa cabang. Tok Bah memetik kalam alamiah untuk permata sahaja ya. 


Untuk permata, tembus alami merupakan suatu ketandaan kerezekian. Seumpama tadahan yang melurut dari atas terus ke bawah. Simbolik turunnya rezeki terus tanpa halangan dariNya kepada kita. 


Dalam keterangan pemahaman yang lebih lanjut. Tembus kejadian menjadi asbab dipermudahkan akan urusan dan menjadi sabit akannya lerahan jalan kehidupan. 


Demikian sedikit perkongsian berkait ketandaan tembus kejadian. Ghalibnya Tok Bah tidak akan menutup tembus alami seperti ini. Melainkan diinginkan oleh sahabat pemahar untuk dipasak sesuatu bagi tujuan lainnya.


Gambar : TANDUK RUSA PUTIH LURUH


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Wednesday, January 26, 2022

KAYU KILIR MEMERANG

 Kayu Kilir Memerang


Memerang biasanya akan mengilir (mengasah) alat kelamin sebelum memulakan proses persenggamaan. Adapun kayu yang digunakan pula tiadalah dari jenis-jenis tertentu. Tidak tertakluk pada jenis kayu atau teras apapun. 


Ilmu tetua menyatakan. Kiliran dilakukan sebagai pemanasan syahwat pada haiwan tersebut. Dari asbabnya diambil pedoman buat manusia. Dan telah mujarab bagi mereka yang mengamalkan. Mudahan mujarab pula pada mereka yang kemudiannya. 


Antara khasiatnya yang utama adalah memanjangkan tempoh waktu syahwat. Mengeratkan kasih sayang pasangan. Serta menjadi asbab meringankan masalah urat saraf.


Tok Bah jadikan dua variasi untuk Kayu Kilir ini. Ikat pingang dan permata cincin. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com










Monday, January 24, 2022

KEYCHAIN TERAS KENAUN

 Keychain Teras Kenaun


Untuk yang tidak meminati permata, tongkat dan tasbih. Sedikit variasi keychain dikeluarkan.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








LARAK SALAH

 LARAK SALAH


Larak Salah diketahui umum akan khasiatnya. Antaranya menundukkan ilmu seteru, pelimun diri, pembalik sihir dan selisih marabahaya. 


Apapun khasiatnya itu bersandarkan pada pedoman leluhur yang telah melaluinya. Tiadalah wajib adanya wajib terjadi seperti diolah kata. Sandaran pedoman sebagai suatu ilmu alamiah. Untuk terapan generasi mendatang. Bahawasanya terjadi sesuatu itu terkait asbab terhadap anugerah Ilahi untuk kita sebagai renungan.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Sunday, January 23, 2022

BESI MERIAM PECAH

 Besi Meriam Pecah


Asbab pembisa dan pemberat pukulan. Ikhtiar pembias dan selisih.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











Thursday, January 20, 2022

TERAS GEMUNGGAL

 Teras Gemunggal


Ikhtiar pagar diri dan pendinding. Alamiah yang penuh kontroversi. Namun suka Tok Bah ingatkan agar kita bersederhana dan tidak taksub. Ketulenan sesuatu itu tidaklah diukur pada asbab kebalnya atau apa sahaja yang dizahirnyata. Ketulenan itu berdasarkan akan mengenallah seseorang akan asalan sesuatu perkara.


Dalam ikhtiar biar ada batasannya. Jangan sampai tergelincir iman. Jangan sampai tercabut Tuhan. Jangan sampai hilang pedoman.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









Tuesday, January 18, 2022

TANDUK KERBAU MATI BERANAK

 Tanduk Kerbau Mati Beranak


Ikhtiar pemakaian diri dalam perjalanan. Bukan bermaksud wajib berjadian. Itulah tanda suatu sandaran. Berpakaian tampalan tidaklah dibuang jitunya Tuhan.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Friday, January 14, 2022

KELAPA BUTA

 KELAPA BUTA


Hayat Tok Bah bergelar diri. Beberapa kali telah menemui Kelapa Buta. Ada yang dimaharkan sebiji. Ada yang dimaharkan tasbih. Tasbih limited kerana terlalu nipis untuk dilarik. Yang ini versi permata. Yang biji tiada buat masa sekarang. Terus info sebelum ada yang bertanya.


Kelapa Buta banyak khasiatnya. Antaranya pelimun dan selisih. Penawar sihir dan juga pagar diri dari gangguan makhluk halus.


Kelapa Buta merupakan salah satu item yang pada kadarnya cukuplah dibawa alamiahnya tanpa perlu beramal suluk. Kerana sesetengah alamiah tidak terlalu memerlukan khusus amal. Dek kerana tiadalah sekalian manusia itu terbeban atas beban yang sama. Pada kira-kira terhadap siapa yang mengetahui. Maka pada mereka sahaja cukuplah.


Kadar umum dan awam. Maka tetaplah pada kadar demikian. Kerana alamiah ini bukan sahaja dipandang dari segi khasiatnya. Bahkan bagi yang mengerti kelangkaannya.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com