TAHI BESI
Tahi Besi merupakan titisan percikan dari besi yang ditempa. Adapun yang mujarab akan kegunaan manusia itu dari Tahi Besi tempaan senjata. Apa jua senjata sekalipun. Tahi Besi menjadi asbab besar dalam rawatan.
Setiap titisan percikan ini disatukan. Dari kamilan senjata dan olahan demi olahan niat dari tuan empunya kehendak dan dari keberkatan tukang. Segalanya terkumpul dalam kamilan yang penuh kotoran. Namun, kotoran bukan sekadar kotoran. Kotoran berhikmah dan penuh berhikmat. Hanya yang mengetahui menghargai.
Mengikut pengalaman Tok Bah, Tahi Besi ini diramu bersama cebisan kulit bawang merah, kulit bawang putih, lada hitam, serbuk tanduk lembu dan garam. Semuanya disatukan seperti bunjutan sup. Bunjutan dibuat sebanyak tujuh bunjutan. Dibakar pada setiap kepala azan Maghrib. Tujuh malam berturut-turut.
Turunan petua melarang bakaran pada malam akhir terkena asapnya pada diri. Bagi mengelakkan segala gangguan mahupun penyakit terhinggap kembali saat pelepasan dari tubuhan.
Demikian satu lagi dari pengalaman perjalanan diri. Seorang hamba Allah ini terkena buatan dari ilmu perbomohan Siam. Umum mengetahui sihir dari Siam ini terlebih akan daruratnya dari sihiran Jawa. Terbaring hamba Allah ini sekitar satu tahun lebih akibat dari iri hati manusia. Adik pesakit yang merupakan salah seorang sahabat pemahar menghubungi Tok Bah. Meminta jika ada Tahi Besi untuk dijadikan sebagai medium rawatan. Mujur saat diminta adalah ia Tahi Besi dalam simpanan. Tok Bah meminta untuk berada bersama semasa sesi rawatan pesakit tersebut. Tok Bah diizinkan oleh perawat pesakit.
Tahi Besi menjadi permulaan rawatan dengan dijadikan serbuk dan digaul bersama beberapa kilo garam halus. Kemudiannya serbuk campuran ini ditabur disekeliling rumah. Setelahnya secekak demi secekak atas setiap anak tangga rumah. Dan akhirnya pada keliling pesakit.
Setelahnya Tahi Besi lain diserbukkan. Dibaca ayat-ayat suci keatasnya. Kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas berisi air lalu direnjiskan pada badan pesakit. Dari meniarap hinggalah mengiring. Beberapa ketika dari renjisan. Keluarlah cecair coklat kehitaman dari belakang pesakit. Yang dipercayai sebagai debu mayat.
Kurang lebih tiga hari dari rawatan. Pesakit kembali sembuh. Walaupun demikian, tenaga masih dalam proses pemulihan. Hingga kini pesakit sihat kembali seperti sediakala.
Sekadar ini sahaja perkongsian dikali ini. Tahi Besi milikan Tok Bah ni tidak dijual. Sesiapa mahu boleh minta. Percuma. Bayar duit pos dan hadiahkan sedikit upah pada Tok Bah sahaja. Upah dia minyak motorlah. Nak kasi lebih pun tak dak hal. Tak marah.
Bukan semua satu botol ni untuk seorang ye. Pandailah Tok Bah bahagiakan sedikit seorang. Biar semua dapat menyimpan sedikit sebanyak. Sebagai persediaan andai diperlukan.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment