Tuesday, June 16, 2020

PERIHAL WANGIAN GAHARU

Diantara salah satu sunnah adalah berwangian. Namun, ada batasnya dalam berwangi-wangian. Janganlah hingga wangian tersebut menganggu diri dan orang sekeliling. Sesetengah wangian mempunyai bau yang amat menyekitkan dan memedihkan deria bau. Seperti sesetengah wangian Gaharu ada yang berbau sedemikian.

Wangian Gaharu Tok Bah tidaklah menyekitkan deria bau. Bahkan tidak menganggu kulit. Baunya menyegarkan dan menyenangkan. Hingga terbawa menjadi amalan memakainya pagi dan sebelum tidur. Ianya menjadi terapi aroma untuk merehatkan minda.

Berdasarkan pedoman permaharan sahabat-sahabat dari kaum Hawa. Ada antara mereka berkongsi dengan Tok Bah bahawa wangian Gaharu tidaklah sesuai untuk dipakai oleh kaum Hawa jika di tempat awam. Kerana ia mampu mengundang perhatian kaum Adam.

Adalah tidak dinafikan. Sebagai seorang yang telah nikah kahwin. Aroma Wangian Gaharu ini mampu menimbulkan perasaan seksual lain dari yang lain. Bahkan mampu menaikkan syahwat.

Demikian itu, bagi sahabat kaum Hawa. Elakkanlah memakai wangian Gaharu ini di tempat awam. Khuatir menimbulkan fitnah. Jika berkeinginan memakai bagi tujuan rawatan mahupun ingin mengambil berkat alamiah. Satu kaedahnya adalah memakai secalit pada nadi tangan. Kemudian dialirkan segera sealir air basuhan. Agar bau wangian menjadi tipis. Mudahan terjauhlah dari fitnah. Wallahualam

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




No comments:

Post a Comment