Wednesday, June 17, 2020

SEKADAR KALIMAT

Anak murid siapa terlepas dari kandang ni. Ramai pula add friend. Baru lepas cek blog ke apa? Ahahaha..

Untunglah ada anak murid. Tok Bah ni tiada anak murid. Ada para sahabat sahaja. Semua sama level. Cerdik kita tumpang, bangang kita bahan.

Sebab tu dah lama Tok Bah jarang menulis bab alamiah. Sebab ada yang copy paste sebiji tak reti nak edit. Editlah biar hilang identiti Tok Bah tu. Dah nak kasi kredit kau takut jatuh martabat. Macam mana kau ni bergelar tok guru. Kalau nak olah ayat pun tak reti. Apatah lagi hendak mengolah sifat manusia. Tak makrifatlah macam ni.

Satu lagi. Fake akaun tu bertujuan sebab nak curi friend dari friendlist Tok Bah ke? Perangai macam budak baru merasakan kenikmatan inzal. Kenapa tak yakin sangat dengan rezeki ni. Tok Bah tak pernah hirau pun kalian nak curi friend ke apa ke. Kerana Tok Bah berpegang pada kalimat

"Jika sesuatu rezeki itu hak kita, hujung dunia dia akan mari. Jika dah tertulis bukan hak kita, nasi dalam mulut pun boleh jatuh."

Tok guru kepada tok guru kalian takdak ajar ke benda tu? Tanya sahaja. Tok guru kau hijau. Ahahahaha..

Gambar : Cincin perak bertatahkan permata Teras Gemunggal Hitam & Cincin Perak bertatahkan Akik Habsyi. Sahabat pemahar punya. Permata dari Tok Bah. Cincin dia ikat sendiri. Akik Habsyi ada lagi sikit. Kalau nak terus whatsapp.



No comments:

Post a Comment