Seni alam banyak cabangnya,
Ada berpakaian ada bertelanjang,
Demikian pandangan hanya,
Rezeki faham tiadalah berpenghalang
Turunan lama bijaklah pandai,
Bukan sekadar mengikut hasutan,
Diturunkan buat sahabat handai,
Sebagai perkongsian suatu tuntutan
Dikilir lenguh bahu,
Dirangas mudik kehulu,
Dikongsi kerana tahu,
Sedikit dari cabang ilmu
Timbang sekati mahu,
Di arus buluh perindu,
Ambillah sekadar mampu,
Agar tidak taksub melulu
No comments:
Post a Comment