Friday, August 24, 2018

PETUA

Maghi eh Tok Bah nok ajor. Bukan ajor berbomoh jin jun jan. Itu bukan berbomoh. Itu berbodoh. Diabetes dikata jin. Hypertensi dikata jin. Cardiac arrrest pun dikata jin cium mulut. Tu pase pesakit sesak nafasnye. Mulut jin beso gamoknye duk sedut bibir ekau. Bodoh melanton-lanton.

Ini petua leluhur. Untuk naik seri muka. Sebagai pemanis rumah tangga. Pengikat restu kasih dan sayang. Bahkan baiknya untuk terapi fikiran dan memanjakan tubuh badan. Diulangi. Petua. Bukan jin. Faham?

Iaitu petua bertungku. Panaskan tungku mengikut kemahuan diri. Biasa Tok Bah jeram api selama 20 minit. Lapikkan daun pandan seberapa banyak yang dirasakan mencukupi. Jangan terlalu banyak sampai susah nak pegang. Letakkan tungku yang dipanaskan tadi. Setengah daun pandan dia keluarkan bunyi 'pop' dengan mendadak. Jangan takut. Itu bukan jin. Itu tindakan reflek daun pandan apabila terkena tungku yang panas. Beberapa detik, aroma daun pandan akan merebak. Balut seeloknya.

Dan bertungkulah sebaiknya bermula dari tulang cervical hingga sulbi adam. Perlahan-perlahan disertai alunan selawat. Selawat jangan kuat-kuat. Nanti dituduh bidaah.

Ulanglah sehingga ganjil bilangan dikehendaki. Demikian seterusnya itu pada lain bahagian. Hendak dimulai sahaja akannya pada syarat awalnya. Lainnya itu tiadalah akan bersyarat. Demikian petua. Wallahualam

Gambar : Sekadar Hiasan



No comments:

Post a Comment