Friday, August 31, 2018

ULAR CINTA MANI LAUT PASAK DARAT

Ular Cinta Mani Laut pasak Darat. Tempahan sahabat pemahar. Yang satu tu istimewa. Berpusar-pusar. Bahagian awalan umbi.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







SELAMAT HARI MERDEKA KE-61

Selamat Hari Merdeka Ke-61

Sesungguhnya sambutan merdeka pada tahun ini dirasakan amat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Perasaan masih bercampur baur.

Namun, perjuangan leluhur terdahulu janganlah dilumpuhkan sama sekali dari ingatan. Pengorbanan mereka dalam memperjuangkan kebebasan tanah air ini wajar disemadikan sebagai sandaran patriotik yang tidak berbelah bahagi sama sekali.

Nilai pada hari ini tidak sama dengan nilai yang telah ditumpahkan oleh generasi terdahulu. Kita rakyat pada tanah air ini pada masa kini. Lahir dalam semuanya telah siap. Telah terhidang di hadapan mata. Tanpa perlu mengeluh mahupun berkeringat dalam membangunkan negara dari kekosongan. Hargailah detik keamanan ini.

Jangan digadaikan sama sekali maruah agama dan bangsa. Melayu menuntut kemerdekaan tanah pusaka nenek moyang. Cina turut bersama berganding bahu membebaskan cengkaman penjajahan. India jua tidak ketinggalan menjadi tonggak minoriti tika itu sebagai landasan kestabilan. Bahkan Kadazan, Iban, Bidayuh, Dayak dan lainnya. Masing-masing memainkan peranan dalam membentuk keharmonian kaum. Dengan menepis segala tohmahan penjajah dan melumpuhkan ketidakpercayaan Inggeris pada tanah bertuah ini.

Hargai titisan darah generasi dahulu dalam memerdekakan negara ini. Jagalah sebaiknya hubungan persaudaraan berbilang bangsa. Hormatilah perbezaan pegangan agama. Raikanlah keharmonian berbudaya.

Pecahkanlah pemikiran sempit yang dikurung oleh blok-blok politik yang memeningkan. Sesungguhnya kita pada hari ini, berdiri diatas bahtera yang sempurna. Hanyasahaya ombak itu tidaklah pernah berhenti menghentam. Andai tiada kesiagaan. Sesungguhnya, kemerdekaan ini hanyalah ibarat suatu topeng kebebasan yang palsu. Menanti masa runtuh bertalu.

Gambar :
1. Sarjan (B) Ariffin Bin Ibrahim
2. Allahyarham Hafiz Bin Ariffin
3. Nur Muhammad Bin Hafiz Bin Ariffin

Tok Bah
31/08/2018




Wednesday, August 29, 2018

SENARAI 41 TERAS

Senarai nama teras 41. Baru sempat tulis. Mata tua ni dah tak berapa nak nampak tulisan kat telefon ni. Kalau typo tu maaflah ya.

1. Teras Piah
2. Teras Halkum Biawak
3. Teras Bidara
4. Teras Geraham Badak
5. Teras Penunduk Hitam
6. Teras Medan Hitam
7. Teras Delima
8. Teras Gemunggal
9. Teras Petai Bukit
10. Teras Nibong Tunggal
11. Teras Celagi
12. Teras Macan Hutan
13. Teras Beluru Kunyit
14. Teras Teja Lawan
15. Teras Kusut Limau
16. Teras Cendana Merah
17. Teras Pahlawan Merah
18. Teras Damar Hitam
19. Teras Mempelas Kuning
20. Teras Laka
21. Teras Hitam Arang
22.Teras Asam Gelugor
23. Teras Kemuning Emas
24. Teras Kemuning Kuning
25. Teras Katak Puru (Hima / Namu)
26. Teras Pisang Benggala
27. Teras Kemuning Hitam
28. Teras Setar
29. Teras Keluat Darah
30. Teras Tongkat  Ali Hitam
31. Teras Chica
32. Teras Tebu Gajah
33. Teras Penunduk Merah
34. Teras Gading
35. Teras Damar Minyak
36. Teras Kayu Tahi
37. Teras Keranji Hitam
38. Teras Sireh
39. Teras Ibo Petir
40. Teras Pinang Hutan
41. Teras Cempaka

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





TERAS 41 (PILIHAN SAHABAT)

41 jenis teras pilihan sahabat. Senang berkira mudah berbahasa. Tak pening kepala. Saguhati? Sentiasa ada. Insyaallah

Mudahan menjadi asbab ikhtiar sebaiknya dalam perjalanan diri. Alamiah anugerah Ilahi hanya mampu dikecapi bagi yang memahami.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Friday, August 24, 2018

PETUA

Maghi eh Tok Bah nok ajor. Bukan ajor berbomoh jin jun jan. Itu bukan berbomoh. Itu berbodoh. Diabetes dikata jin. Hypertensi dikata jin. Cardiac arrrest pun dikata jin cium mulut. Tu pase pesakit sesak nafasnye. Mulut jin beso gamoknye duk sedut bibir ekau. Bodoh melanton-lanton.

Ini petua leluhur. Untuk naik seri muka. Sebagai pemanis rumah tangga. Pengikat restu kasih dan sayang. Bahkan baiknya untuk terapi fikiran dan memanjakan tubuh badan. Diulangi. Petua. Bukan jin. Faham?

Iaitu petua bertungku. Panaskan tungku mengikut kemahuan diri. Biasa Tok Bah jeram api selama 20 minit. Lapikkan daun pandan seberapa banyak yang dirasakan mencukupi. Jangan terlalu banyak sampai susah nak pegang. Letakkan tungku yang dipanaskan tadi. Setengah daun pandan dia keluarkan bunyi 'pop' dengan mendadak. Jangan takut. Itu bukan jin. Itu tindakan reflek daun pandan apabila terkena tungku yang panas. Beberapa detik, aroma daun pandan akan merebak. Balut seeloknya.

Dan bertungkulah sebaiknya bermula dari tulang cervical hingga sulbi adam. Perlahan-perlahan disertai alunan selawat. Selawat jangan kuat-kuat. Nanti dituduh bidaah.

Ulanglah sehingga ganjil bilangan dikehendaki. Demikian seterusnya itu pada lain bahagian. Hendak dimulai sahaja akannya pada syarat awalnya. Lainnya itu tiadalah akan bersyarat. Demikian petua. Wallahualam

Gambar : Sekadar Hiasan



Saturday, August 18, 2018

KAYU PANDAI KAYU BODOH

Bila manusia ni reti ambil barang dan tak reti bayar hutang. Tak malu pula meminta-minta lagi.

Dah bagi betis nak peha. Kalau bagi peha nak apa lagi? Nak penis? Tok Bah bukan dari golongan LGBT bang. Ahahaha...

#nohutang
#nopotongqeu
#ikutperaturanditetapkan




Wednesday, August 15, 2018

TERAS RAJA KAYU HITAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TASBIH TERAS RAJA KAYU HITAM
(TERAS TUA)

Bahawa tiadalah ada tumbuhan sekitar pokok raja kayu ini, melainkan akannya merunduk dan menunduk dan tiadalah dicapai akannya ketinggian yang sama melainkan rendahlah yang lainnya. Hingga tunggallah ia dalam kejadian.

Diambil pedoman dari orang terdahulu, bahawa Teras Raja Kayu Hitam ini banyaklah manafaatnya kepada ummat manusia. Mujarablah ia akan sebagai salah satu penawar alami. Adapun khasiatnya yang tersendiri, bahawa mujarablah akannya sebagai pelembut hati. Utamanya bagi anak kecil yang tiadalah mendengar kata ibubapa. Dengan diamalkan memberi minum rendaman teras ini. Insyaallah

Dan padanya mematahkan dan menterbalikkan santau dan sihir yang dituju. Juga padanya sebagai pendinding diri dan penunduk.    Bahawa ia serbuk teras ini diamalkan sebagai penahan kulit. Dengannya serbuk disapu serapkan sebagai amalan kebatinan. Dihindarkan akannya dari binatang buas dan binatang yang melata. Insyaallah

Halnya demikian sebagai rujukan dan pengajaran. Segala kejadian dan keindahan ini hendaklah ditaklukkan kembali dengan izinNya. Insyaallah

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Tuesday, August 14, 2018

FOSIL TERAS GEMUNGGAL

Fosil Teras Gemunggal Kampung. Buat hentak kepala malaun kekeliruan jantina. Mujarabnya. Benjol kepala. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Monday, August 13, 2018

SUATU PERKONGSIAN

Seni alam banyak cabangnya,
Ada berpakaian ada bertelanjang,
Demikian pandangan hanya,
Rezeki faham tiadalah berpenghalang

Turunan lama bijaklah pandai,
Bukan sekadar mengikut hasutan,
Diturunkan buat sahabat handai,
Sebagai perkongsian suatu tuntutan

Dikilir lenguh bahu,
Dirangas mudik kehulu,
Dikongsi kerana tahu,
Sedikit dari cabang ilmu

Timbang sekati mahu,
Di arus buluh perindu,
Ambillah sekadar mampu,
Agar tidak taksub melulu



CINCIN TANDUK RUSA PUTIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

CINCIN TANDUK RUSA PUTIH
(SAIZ 17 & 18)

Permata gabungan Batu Petir Kapak dan Batu Petir Putih.

Satu kamilan untuk perbekalan pakaian diri. Sebagai satu asbab ikhtiar. Berpandukan pedoman leluhur zaman.

Perihal semua perkara telah dimuatnaikkan pada post lalu. Boleh rujuk blog untuk memudahkan pencarian. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com












Tuesday, August 7, 2018

GABUNGAN FOSIL PILIHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

GABUNGAN FOSIL

-Fosil Buluh Kuning
-Fosil Penawar Hitam
-Fosil Batang Pisang
-Fosil Kayu Tas
-Fosil Teras Sagu
-Fosil Raja Kayu
-Fosil Gemunggal

Kamilan pilihan dari salah seorang sahabat pemahar. Mudahan menjadi asbab berkaitan sekehendaknya.

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.bligspot.com









SANGKAK DULANG

Batu Sangkak Dulang, Semayam Puteri, Kelantan.

Barang tua. Ikatan pahat jawa lilit. Ikatan lama. Diperoleh dari tangan orang. Lalu singgah pada Tok Bah. Menuju kepada salah seorang sahabat pemahar.

Item tunggal. Maka, tak payahlah whatsapp tanya harga. Dah terjual pun. Saja Tok Bah hendak pos di alam maya ni.

Wallahualam