Monday, November 19, 2018

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Dari Tok Bah sekeluarga. Perbanyakkan selawat mulai malam ini. Hingga pada hari-hari seterusnya. Sampailah tiba nyawa di halkum. Mudahan asbab selawat pada junjungan kasih Baginda saw ini. Menjadi tampalan pada kecacatan amal-amal kita yang lainnya. Insyaallah

Jika sebelum ini kita tidak mencintai Rasulullah saw. Malam ini kita cuba terbitkan rasa kasih pada Baginda saw. Jika kita telah sedia mencintai Baginda saw. Malam ini kita lipatgandakan kasih pada Baginda saw.

Firman Allah swt :-

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad saw). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Al Ahzab : 56)

Tidaklah tertakluk kecintaan ini hanya pada maulidnya sahaja. Hanyasahaya ia sebagai satu tanda ingat-ingatan. Bahawa pada tarikh ini dilahirkan manusia yang agung. Penutup sekalian nabi-nabi. Bahkan kelahiran ini amat dinanti dari Nabi Adam a.s hinggalah Nabi Isa a.s. Bahkan para nabi sebelumnya amat berharap menjadi umat Baginda saw. Tidakkah kita bersyukur?

Tok Bah menyeru sahabat-sahabat sekalian. Luangkan sedikit waktu. Berselawatlah sebaiknya. Dengan tutur tertib sebaiknya. Setidak-tidaknya 100 kali ucapan. Moga dengan ini, menjadi asbab diperpanjangkan penglihatan Rasulullah saw untuk menaburkan syafaatnya kepada kita di akhirat kelak. Insyaallah

Tok Bah
12 Rabiul Awwal 1440


No comments:

Post a Comment