Wednesday, December 26, 2018

SATU PERKONGSIAN

Andai Hamka mampu beralih dari seorang Wahabi kepada seorang Sufi. Apatah lagi kita yang masih tercari-cari.

Belajar agama tidaklah sukar. Yang sukar itu mengaplikasikan dalam kehidupan yang dipenuhi belukar. Terlalu banyak cabang yang berakar. Hingga diri menjadi terbakar. Fana dalam mencium haruman yang mekar.

Andai aku masih kafir. Mahukah kalian yang bertuntun keturunan wali kononnya membimbing diriku selayak takdir? Atau hanya kalian berbicara seolah tidak berfikir. Kononnya berilmu walhasilnya sekadar fakir.

Tergelumang mulia didalam sebatian kehinaan. Merasa diri seperti diawangan. Menggapai diri menukilkan ketuhanan. Sedang dirimu penuh kezaliman.

Telah dizahirkan diriku. Agar terlihat tidak terkaku. Bukan kerana nama menarinya penaku. Sahaya ini turunan nan satu. Buat tatapan anak dan cucu.

Begitu hebatkah resam keturunan? Hingga terlupa hak dan batasan? Itukah tuntutan ajaran? Sembahlah berhala sebagai tuhan. Terlebih baik sebagai pedoman.




No comments:

Post a Comment