Tuesday, November 27, 2018

SUATU PERIHAL

Semalam sedikit sibuk memandangkan teratak usang Tok Bah dikunjungi seorang sahabat yang amat disegani. Antara permata ilmu yang ditinggalkan

"Amanah adalah sesuatu yang amat mudah untuk diucapkan. Tetapi sukar untuk dijaga. Malahan teramat payah untuk dijalankan. Sedikit terpesong dari genggaman, akan terburai semua ikatan. Disitu berlakunya pecah amanah. Maka, berhati-hatilah dalam mengucapkan, menjaga dan menjalankan amanah.

Sekuat mana sekalipun simpulan dan lindungan. Akan ada bahana-bahana yang seolah memaksa amanah ini diretakkan. Bisikan halus ini andai tidak dikawal. Akan memakan diri sendiri. Tika kita telah terlihat dan merasakan kekuatan dalaman telah terbit dari hati. Riak dan ujub serta taksub pada diri akan merajai hati. Saat itu, berdiamlah. Usah diikutkan nafsu yang sedang mengambil alih tugas tuhan. Kerana 'tuhan baharu' ini akan melemahkan akal, pemikiran dan tindakan."

Alhamdulillah. Pertolongan sentiasa hadir saat fikiran menjadi terlalu buntu. Saat dan ketika segala percaturan seolah terhijab. Hadirnya sahabat memberi nasihat.

Untuk makluman sahabat-sahabat. Urusan pembahagian asnaf telah Tok Bah menyerahkan keseluruhan keatas sahabat yang lain. Namun, masih di peringkat pemantauan. Saluran sama masih digunakan untuk sumbangan. Sehingga telah terputus segala ketetapan. Akan dimaklumkan apabila mencapai tempoh kematangan.

Keputusan diambil dek kerana kesihatan yang semakin merosot sejak dua bulan kebelakangan ini. Gelak ketawa masih boleh. Perkongsian masih boleh. Nikmat akal untuk berfikir masih belum ditarik olehNya. Hanya sedikit kekuatan masih belum Dia pulangkan. Masih tergantung dalam penghapusan dosa-dosa.

Penarikan asnaf yang melanggar aturan. Sepertimana yang diumumkan beberapa ketika lalu telah mencapai kata sepakat yang sempurna. Selesai semuanya sebaik-baik penyelesaian.

Segalanya telah tertulis. Hanyasahaya lerah perjalanan itu kita yang menukilkan. Dengan anugerah akal. Agar penuh kebijaksanaan. Mewujudkan keamanan, bukan kemusnahan.

Adapun akta-akta rahsia itu. Tetaplah dirahsiakan. Demi kebaikan bersama.

Adapun Tok Bah, andai tidak lagi berkekuatan. Sentiasa didoakan agar adanya pengganti yang lebih baik dalam mengurustadbir legasi ini. Legasi yang tidak pernah dan tidak akan tertulis dimana-mana lembaran sejarah. Namun, terukir dilangit dengan penuh megah.

Tok Bah memohon istirehat buat seketika waktu. Perjalanan masih jauh.

Tok Bah
27/11/2018



No comments:

Post a Comment