Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
SERAI MAKAN BERBUNGA
Serai makan dan serai bunga mempunyai fizikal yang berlainan. Serai bunga berfizikal seperti lalang. Tinggi dan halus. Berbeza halnya serai makan. Yang renek dan berisi. Bunga serai bunga tumbuhnya tinggi seumpama pohonnya. Adapun serai makan itu, bunganya lebih rendah dari pohonan.
Serai makan tidaklah berbunga pada asalnya. Andai berbunga, maka haruslah difikir dan direnungkan. Anugerah Ilahi untuk umat manusia. Leluhur tua mengatakan, serai makan yang berbunga itu menyalahi ia hukum adat. Dan membawalah ia kerezekian dan tuah. Tidaklah dapat dihurai lanjut, melainkan sekadar apa yang telah sampai pada pengetahuan.
Leluhur tua meninggalkan petua. Yakni larangan mengambil serai makan di waktu maghrib. Kerana dikata bahawa disaat itu adanya penunggu halus yang menunggu serai tersebut berbunga. Turun menurun adatnya Melayu.
Anugerah Ilahi ini baru sahaja diperolehi. Masih segar bugar. Inilah kedua kalinya perolehan istimewa ini diperolehi. Pertama kalinya pada tahun lalu. Dan masih tidak dimaharkan. Atas sebab2 tertentu. Kesukaran memperolehinya adalah asbab utama tidak dimaharkan untuk tika ini.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment