Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ini bukanlah testimoni atau bertujuan hendak menunjuk2. Bukan budaya Tok Bah bertestimoni bagai. Jadi, fahamilah sebaiknya apa yang ingin disampaikan.
Dari salah seorang sahabat pemahar. Sekali sahaja dia memaharkan item Tok Bah. Badar Besi Cindai dan Tanduk Rusa Putih. Bulan Ogos tahun lalu. Kemudian menghilang sekian lama. Hari ini beliau mesej Tok Bah.
Tok Bah amat menyukai kaedah pemahaman 'pakaian diri' olehnya. SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH. Asbab ikhtiar seiringan dengan kehidupan. Selebihnya dikembalikan padaNya. Tidak berlebihan.
Tidaklah seperti segelintir golongan. Hari ini pakai hari ini juga nak tengok jasa. Kalau tidak mujarab segera. Dikira item tidak original. Golongan sebegini terlebih baik naik bangunan tinggi dan terjun. Itu lebih mujarab bagi mereka.
Mustajab atau mujarab itu bergantung pada situasi dan keadaan. Bergantung pada izin dariNya. Harus dikait dari segala aspek. Agama yang utamanya. Disusuri petua dan pedoman orang2 terdahulu yang telah melaluinya. Semuanya terkait rapat. Tinggal lagi, adakah otak dan akal kita rajin atau malas untuk berfikir, merenung dan mengkaji.
Tidaklah sia2 setiap satu ciptaan itu dicipta. Yang mengsia-siakannya adalah manusia itu sendiri.
Firman Allah swt :-
"Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka." - (Al Imran : 191)
Wallahualam
Tok Bah
12 Rabiul Akhir 1438
No comments:
Post a Comment