Tuesday, January 31, 2017

TERAS BELURU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS BELURU / SINTOK

Diantara perihal yang diperkatakan, yang dilalui dan diturunkan oleh generasi terdahulu. Diasbabkan akannya sebagai pemulih semangat dan mengeraskan ketahanan kulit. Akannya dibuat rendaman air mandian, dan dicampur akannya limau nipis atau air mawar. Diamalkan mandian dalam bilangan hari yang ganjil, sebermulanya itu hari yakni Ahad.

Pun lainnya sebagai asbab pemagar diri dari gangguan makhluk halus dan niat jahat seteru madu. Serta padanya menjadi asbab penawar penyakit kulit. Selusuh bersalin akan perihalnya diminum air rendaman.

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan dan tempahan untuk item ini. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Monday, January 30, 2017

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN SAHABAT

Diantara sekian tempahan sahabat.

-Cincin Kayu Luz
-Cincin Tanduk Kerbau Balau Mati Beranak

Item sahabat2 akan diposkan pada hari rabu atau khamis. Tok Bah dalam proses menyiapkan saguhati bagi setiap sahabat pemahar yang sentiasa sabar menunggu. 

Sebarang rujukan atau tempahan :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Friday, January 27, 2017

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH KURSANI KUNING, 
IMAM : TANDUK KERBAU DIPANAH LINTAR

Tempahan sahabat dari Bukit Batok, Temasek. Istimewa untuknya yang sentiasa sabar menunggu.

Tempahan berunsur gelang dan tasbih dihentikan. Bagi memberi laluan kepada keutamaan Tok Bah iaitu berkonsepkan 'Permata Cincin'. Harap maklum.

Sebarang tempahan dan rujukan :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











Thursday, January 26, 2017

MADU LEBAH JADI BATU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MADU LEBAH JADI BATU
(ITEM TUNGGAL)

"Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang-orang yang berfikir." -(An Nahl : 69)

Demikian sedikit petikan dari kitab yang mulia berkenaan perihalnya madu lebah. Dan beruntunglah bagi mereka yang dianugerahkan REZEKI FAHAM. 

Adapun Madu Lebah Menjadi Batu itu merupakan diantara sekian pakaian diri yang utama bagi leluhur terdahulu. Demikian itu diantara tapisan demi tapisan ilmu tua.

Bahawa ia madu lebah menjadi batu, antara asbab ikhtiarnya sebagai pengasih, pelaris, pemanis, seri diri, penarik kerezekian dan diantara sekalian penawar yang mujarab. 

Tiadalah dinafikan ayatnya Al Quran itu, melainkan dilebar luaskan lagi ilmu dan pemahamannya. Demikian cerdik pandai terdahulu memainkan peranan yang amat besar untuk direnungkan generasi kini. Wallahualam 

Tok Bah menjemput sahabat2 yang berminat untuk memilikinya. Insyaallah

*Komen PM tidak akan dilayan untuk item ini*

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











Wednesday, January 25, 2017

SATU PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jika dilihat, ia hanyalah sebidang kain lepas biasa. Yang tidaklah ada keistimewaan sama sekali. Namun,tersimpan suatu perihal mengenainya. Suatu tinggalan leluhur terdahulu. Tinggalan warisan ilmu Melayu silam yang kian dilupakan.

Kain lepas ini Tok Bah perolehi dari seorang pemuda dengan maharnya RM600. Harga yang tidak logik di akal bagi sehelai kain lepas. Tok Bah memberikan harga kepada pemuda tersebut kerana Tok Bah telah mengenali beliau dan keluarganya sejak lama dahulu.

Kain lepas ini digunakan oleh arwah bapanya yang bekerja sebagai seorang pengembala lembu. Yang mana selalu dililit pada pinggang atau kepalanya. Yang setiap hari arwah akan menyapunya menggunakan wangian. Perlakuan arwah pernah Tok Bah teguri dan persoalkan, namun hanya dibalas senyuman. Hinggalah pada hari kain lepas ini bertukar milik. Barulah diketahui rahsia disebaliknya.

Inilah ia Kain Ular Berlaki atau Kain Ular Mengawan. Kain yang dilempar serkupkan pada ular yang sedang mengawan. 

Kain Ular Berlaki amat besar kerja gunanya dalam perjalanan warisan keMelayuan. Diturunkan bahawa asbab atasnya sebaik-baik pengasih. Sebaik-baik jalan kerezekian. Sebaik-baik darjat kehormatan. Sebaik-baik penjauh dari keburukan.

Halnya ini cerapan asli yang sebenar-benar asli. Berpandu halnya kisah hidup arwah yang tidak pernah memiliki musuh. Dikasih dan dihormati. Tidaklah datang kepayahan, melainkan mudah jalan keluarnya. Meskipun hidup yang tidaklah seberapa, kesempitan tidaklah menjadi halangan. 

Jika sahabat sekalian kedapatan di mana-mana Kain Ular Berlaki. Simpanlah sebagai salah satu pakaian diri. Jika terpaksa memaharkannya. Maharkanlah. Molek benarlah kiranya ada walau secopeng hanya. 

Adapun milikan Tok Bah ini hanyalah sebagai sebuah perkongsian. Tidak lebih dari itu. Wallahualam


Tuesday, January 24, 2017

PERMOHONAN MAAF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PERMOHONAN MAAF

Salah seorang sahabat pemahar telah menghubungi Tok Bah hari ini. Bertanya perihal tempahannya yang ditempah sejak akhir November tahun lalu.

Tok Bah akui terlepas pandang mengenai tempahan beliau. Akibat tempahan bertindih terlalu banyak pada Disember lalu. Sejuta kemaafan Tok Bah pinta dari beliau. Terima kasih juga kerana mampu bersabar.

Tempahan beliau akan disiapkan sesegera mungkin, selewatnya minggu hadapan. Insyaallah

Untuk sahabat pemahar tersebut, titipan khas yang belum pernah dibuat akan diberikan sebagai tanda kemaafan. Semoga kekhilafan ini membawa erti yang lebih bermakna dan merapatkan lagi silaturrahim bersama. Insyaallah

Tok Bah
26 Rabiul Akhir 1438

Sunday, January 22, 2017

AKIK YAMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

AKIK QIBDAH / AKIK KABADDI ASLI
(YAMAN)

Diantara salah satu batu akik yang terbaik dari tanah yang diberkati. 

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Tuesday, January 17, 2017

GABUNGAN PEMBISA BERBINTIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

GABUNGAN PEMBISA BERBINTIK

Julung kalinya gabungan ini disatukan. Satu kombinasi kelas pembisa berbintik. Yang umumnya telah ketahui khasiat dan pedomannya. Diantara pembisa2 yang disatukan :-

-Bujang Galak Pinang Puteri
-Ibo Tunggal Dipanah Lintar
-Nibong Tunggal Dipanah Lintar
-Sulur Bertam
-Pinang Akar

Kesemua pembisa ini boleh dikatakan sukar diperolehi. Lebih lagi Pinang Akar. Pohon Pinang yang tumbuhnya melilit di pohon lain, tidak seperti pinang biasa. Teramat jarang ditemui.

Pembisa alami sebegini tiadalah dibuat gurauan. Melainkan harus cermatlah dalam pemakaiannya. Pedoman mengatakan, tiadalah kebal orang yang kebal apabila terkenanya.

Apapun pemahaman dalam perihal ini, hendaklah dikembalikan padaNya segala izin kejadian. Tiadalah dicipta sesuatu itu sia2.

Tok Bah membuka ruang tempahan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Friday, January 13, 2017

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN SAHABAT

Tempahan sahabat dari Temasek.

Gambar 3 - Tanduk Rusa Putih

Gambar 4 - Bujang Galak Pinang Puteri

Gambar 5 - Tulang Mawas

Gambar 6 - Teras Raja Kayu Hitam

Kebelakangan ini, amat jarang Tok Bah membuat perkongsian perihal item. Kerana kesibukan menyiapkan tempahan sahabat sekalian. Semoga sahabat sekalian memahami keadaan ini.

Tok Bah mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 pemahar yang sentiasa berurusan dengan Tok Bah.

Sentiasa Tok Bah mendoakan rezeki sahabat2 pemahar seumpama hujan yang turun lebat. Agar tempiasnya turut menitik mengena tempurung rezeki Tok Bah. Insyaallah

Sebarang tempahan dan rujukan :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com