Friday, February 17, 2023

ANAK LEMBING

 Azimat  Anak Lembing Daun Buluh. 


Jika diikutkan hanya mata Lembing sahaja bawa gunanya. Dibalut kain sebagai pendamping diri. Cuma Tok Bah usahakan sedikit sarung dan hulunya agar tidaklah merosakkan barang dan selamatlah wallet atau beg kalian dari tertusuk mata Lembing ini. Tak perlu nak komplenlah kalau tak lawa. Sebab Tok Bah ni tukang permata bukan tukang sarung. Maka terimalah seadanya. 


Awalan maka hendaklah difahami bahawa Lembing Daun Buluh itu lembing yang diperang. Bukanlah sebagaimana diazimatkan seperti lembing jenis lainnya. Maka ini azimat jaranglah tempaan adanya dalam kaedah azimat Melayu Tua. Tatkala disebut jarang adanya maka nadirlah pembuatannya. Berisilah tempaannya.


Anak Lembing ini pada ilmu hulubalang itu terbahagi kepada dua. 


Pertama akan azimat diri semasa dalam peperangan. Terbisa akan tangan dan terbisa akan lukanya musuh. Tiadalah kesampingan melainkan terbabas akan marabahaya. Tidaklah pula ditusuk ke dalam jasad besi bisa melainkan ditawarkan akan bisanya dan tiada pula melarat akan bisanya. 


Kedua sebagai suatu pendinding terhadap apa yang ditinggal saat kala berpergian. Maka tiadalah musnah atau rosaknya harta atau tiadalah akan ia dicuri orang. Dan pada ghalib bangkitan adanya ilmu 'pecah tuan'. Iaitu dimana berpergiannya seseorang itu tetaplah terlihat adanya di asalannya. 


Whatsapp : 0189010623
















No comments:

Post a Comment