YASIN 7 LILIT
Syiling Yasin merupakan antara 'azimat' diri bagi orang dahulukala. Sebagai bawaan mengikut rajahan bahkan dibuat oleh tukang pilihan.
Ghalibnya syiling azimat sebegini melalui tatakaedah dalam pembuatan. Mengikut bacaan falakiah. Mengikut bacaan ilmu alam. Dikatakan jua tempaan itu ketukannya bersama bacaan. Samada bacaan ayat suci atau bangkitan Melayu lama yang tidaklah menyalahi syariat.
Pedoman terhadap gambaran burung sebagai ketandaan kebebasan dan kerezekian. Bersulam bulan dan bintang sebagai agama junjungan. Serta bertenggek diatas dahan keabadian. Himpunan sarang tanda amalan menuju hidup yang berkekalan.
Tujuh Lilit Yasin sebagai simbolik Yasin Tujuh Mubin. Yang membawa keselamatan, pelindung serta pendinding diri dan seri wibawa.
Disebutkan jua bahawa lingkaran enam mewakili enam hari kehidupan. Dan satu di tengah sebagai istirehat amal. Akan diperpanjangkan perihal ini di post lain. Insyaallah
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment