Sunday, March 27, 2022

BESI LIK

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 


BESI LIK


Besi Lik atau pada sebutan asalan Tanah Jawi Kelantan 'Ley Kilah' (Lam Jalalah) yang disingkatkan menjadi 'Leyk'. 


Besi Lik dikatakan berasal dari besian langit. Samada tahi bintang atau lainnya. Besi tersebut kemudiannya ditempa melalui kaedah pertukangan senjata Melayu lama. Di atas setiap tempaan akan diukir huruf Lam Alif Jalalah. Dengan bangkitan ilmu Melayu sebagai asbab atas senjata menjadi lebih berbisa dan lebih akan segala hikmat-hikmat lainnya. 


Adapun atas tuan yang menanggung pula akan amalan berkaitannya. Seumpama amalan kebatinan Lam Jalalah atau apa jua sipian lainnya. 


Adapun Besi Lik melalui permata amat jarang sekali ditemui. Pamor dilekur sepertimana pamor senjata Melayu. Yakni Pamor Iras Minyak. Iaitu pamor yang dilekur melalui celupan minyak tikamana besi dibarakan.


Untuk mendapatkan pamor bagi permata bukan sesuatu yang mudah. Malahan lebih sukar berbanding lekuran pamor Keris. Dek kerana saiznya hanyalah saiz permata. 


Besi Lik milikan Tok Bah ini asalan dari beberapa senjata Lik yang dicairkan dan disatukan. Dibentuk sebagai permata dan dipamorkan kembali seperti pamor asalannya. Berikutan Tok Bah bukanlah tukang senjata besi. Maka agak kesulitan untuk sepuhan pamornya. Izin Allah swt, pamornya menjadi walaupun memerlukan beberapa kali percubaan. Malahan rasanya pamor ini lebih elok dari pamor asalan. IzinNya semata. Alhamdulillah


Atas pedoman Besi Lik. Diturunkan akan khasiatnya sebagai pembisa, pelumpuh ilmu musuh, pelumpuh kebal, pendinding dan penawar sihir. Serta 1001 akan segala hikmat dan hikmah yang telah terzahir mahupun masih dikaburi akan rahsia alam. 


Besi Lik andainya ingin dicuci. Jangan sesekali digunakan alatan polish biasa. Hendaklah dicuci sepertimana berbacang Keris dan senjata lama. Akannya pedoman agar tetaplah siaga akan khasiatnya dan kekukuhannya. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com










No comments:

Post a Comment