Friday, April 2, 2021

PERINGATAN

 Dari cerita sahabat-sahabat pemahar. Kata mereka Tok Bah ni senang dibawa urusan. Selalunya bila dah biasa. Belum bayar terus item diposkan. Kenapa?


Kerana Tok Bah meletakkan sepenuh kepercayaan Tok Bah pada kalian. Kalian menyenangkan hati Tok Bah. Tok Bah pun akan menyenangkan urusan kalian. 


Ramai juga sahabat yang berhutang. Tetapi mereka selalu bersilaturrahim. Tanya khabar. Kadang ayat panjang berjela mukadimah, hujung-hujung info nak tambah masa sebab tak sempat bayar lagi. Tidak terus diamkan diri. Ada yang diam. Namun bila Tok Bah whatsapp tanya khabar. Pertanyaan Tok Bah berbalas. Bukan sekadar diberikan seen tanpa jawapan.


Itu sahabat yang sudah biasa berurusan. Yang baru-baru hendak berurusan pun. Tengok keadaan. Kalau Tok Bah rasa kalian boleh dipercayai. Tok Bah akan skip masa untuk NILAI KEPERCAYAAN Tok Bah pada kalian.


Dan bukan sekali Tok Bah menghapuskan hutang. Kalangan kalian ada yang betul benar tidak mampu. Sebagai contoh PKP tahun lalu. Ramai dikalangan sahabat pemahar yang masih berhutang kehilangan kerja. Untuk meringankan beban fikiran sahabat-sahabat. Tok Bah melupuskan hutang. Hari pertama dihapuskan separuh. Keesokannya Tok Bah hapuskan keseluruhan. Berapa banyak? Keseluruhan hampir RM130k. Namun, segelintir ada yang teruskan pembayaran dengan tambahan masa. 


Bibit-bibit pemahar jenis taheee mula muncul kembali kebelakangan ini. Letak deposit. Diam. Letak deposit. Diam. Tok Bah whatsapp. Tak balas. Berkali-kali whatsapp tak balas. Bila ditekan. Tiba-tiba muncul orang ketigalah. Keempatlah. Kelimalah. 


Kau nak niaga atas angin ke tolong member ke apa ke. Itu bukan urusan Tok Bah. Urusan Tok Bah adalah dengan kau. Bukan dengan member kau atau client kau. Kau janji seminggu. Lepas seminggu. Tunggu. Tunggu dan tunggu. Sampai bila? Tiada jawapan pasti. Jawapan dia tunggu duit masuk. Bila nak masuk? Tak tahu. Urusan apa macam tu? Tender kerajaan pun ada limit. Kalau kira kaedah tender. Dah masuk quarter kedua tahun ini dah. Payment quarter pertama pun tak selesai lagi. 


Ingat pesanan Tok Bah. Mana-mana pemahar baharu yang jenis letak deposit dan tidak menebus item dalam tempoh maksima satu bulan. Deposit kalian BURN dan item kalian akan dibuka kembali untuk jualan.


Kenapa deposit BURN? Itu sebagai gantirugi masa Tok Bah dibazirkan untuk urusan yang tidak selesai pada waktunya.


Gambar : TASBIH BATU PETIR 33 BIJI


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




No comments:

Post a Comment