Dalam kalangan batu Akik. Yang biasa Tok Bah maharkan hanya dua. Akik Yaman Qibdah dan Akik Yaman Habsyi.
Kali ini dipaparkan buat sahabat berminat. Akik jenis motif. Ada yang menggelarnya sebagai Akik Jamal. Tak tahulah kenapa Jamal dapat nama. Jangan tanya Tok Bah.
Satu keunikan terhadap Akik Motif ini. Adanya unsur teras kayu didalam batunya yang bersilang sambung terus dengan urat batunya. Teras apa yang terpacak juga tidak dapat dipastikan. Yang sahihnya ia adalah alami dan bukannya dipasak.
Apapun keadaannya, tatkala disentuh akan perihal Akik. Maka tidaklah lari dari keberkatan. Kerana Akik merupakan diantara salah satu batuan yang dianggap berkat. Terutama dari Tanah Yaman.
Asalan atasnya Tok Bah aslikan sebegitu tanpa melicinkannya. Bergerutu sebagai nilai seni seakan antik. Ada kilauan di bahagian tersebut. Menambahkan keunikan nilai seninya.
Sahabat yang berminat boleh terus whatsapp. Macam biasa. Komen PM Tok Bah tak layan.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment