Monday, June 10, 2019

TAMAN

Ini namanya TAMAN (tame) dalam loghat Kelantan. Zaman dahulu Taman digunakan sebagai ketam padi. Satu kaedah mengutip pada yang telah masak.

Taman dikepit diantara ruas jari. Padi kemudiannya diselit dan ditarik ke dalam. Setelah penuh di ketam, padi kemudiannya dimasukkan ke dalam sarung guni yang diikat di pingang. Kemudian proses ketam padi diteruskan. Satu turunan diterima. Yakni saat padi diTaman. Para pesawah akan menyanyikan serangkap lagu

Padi dituai untuk sang bangsa,
Raja berdaulat memayung jasa,
Bangsa keramat di Nusantara,
Kini melarat tamaknya angkara

Kaedah Taman ini memudahkan proses pengutipan padi pada zaman lalu. Kini sudah tidak digunakan lagi. Adapun simpanan hanyalah sebagai kenang-kenangan.

Sekadar menyusuri kembali kebijaksanaan nenek moyang kita orang Melayu. Yang kononnya dikatakan bodoh dan hanya mengharapkan kebijaksanaan penjajah.

Semoga anak cucu kita di zaman seterusnya tidak lagi memperlekehkan kebijaksanaan nenek moyang mereka. Jangan kerana penjajah kita menjadi buta sejarah.






No comments:

Post a Comment