Denalu seringkali dikaitkan dengan asbab kerezekian dalam petua Melayu tua. Dek kerana hidupnya yang menumpang dan menarik ‘makanan’ dari perumah lainnya.
Adapun Denalu tidaklah meminati perumah yang bermiang seperti pohon buluh dan seumpamanya. Adapun jika berlaku demikian. Maka kejadian seumpamanya dinisbahkan melanggar hukum adat bagi kejadiannya. Disini adanya sesuatu yang perlu untuk kita renungi.
Pedoman Melayu tua mengatakan Denalu yang melarik atau menumpang diatas pohonan buluh merupakan asbab besar dalam menjadi penawar. Dengan tidak mengurangi hak asalnya atas perihal kerezekian. Lebih lagi jika melilitnya ia diatas Buluh Peleting (rujuk post lalu berkenaan Buluh Peleting).
Item tunggal. Anggap sahaja sebagai satu perkongsian.
No comments:
Post a Comment