Thursday, June 27, 2019

DENALU

Denalu seringkali dikaitkan dengan asbab kerezekian dalam petua Melayu tua. Dek kerana hidupnya yang menumpang dan menarik ‘makanan’ dari perumah lainnya.

Adapun Denalu tidaklah meminati perumah yang bermiang seperti pohon buluh dan seumpamanya. Adapun jika berlaku demikian. Maka kejadian seumpamanya dinisbahkan melanggar hukum adat bagi kejadiannya. Disini adanya sesuatu yang perlu untuk kita renungi.

Pedoman Melayu tua mengatakan Denalu yang melarik atau menumpang diatas pohonan buluh merupakan asbab besar dalam menjadi penawar. Dengan tidak mengurangi hak asalnya atas perihal kerezekian. Lebih lagi jika melilitnya ia diatas Buluh Peleting (rujuk post lalu berkenaan Buluh Peleting).

Item tunggal. Anggap sahaja sebagai satu perkongsian.






Tuesday, June 25, 2019

TASBIH TERAS GAHARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH TERAS GAHARU 

Sedikit penegasan berkenaan Teras Gaharu. Teras Gaharu tidaklah seperti kayu gaharu. Yang berbau padanya kayu. Teras Gaharu merupakan 'TERAS' yang padu. Kurang akan bau zahirnya. Namun, bilamana dibakar. Tetap sahaja aroma itu sama.

Berkenaan Teras Gaharu. Di dalam kitab Qanun Fii Tibb, karangan Ibnu Sina. Termaktub bahawa gaharu berupaya merawat tubuh manusia. Merangkumi zahir dan batin.

Adapun semakin lama digunakan, maka akan semakin kuat baunya.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Monday, June 24, 2019

TANDUK KIJANG PUTIH BAKUT

TANDUK KIJANG PUTIH BAKUT

BAKUT beerti pertumbuhan yang terbantut. Tiadalah tumbuhnya ia seperti biasanya ia tanduk. Tanduk bakut bukan hanya sekadar pada kijang semata. Bahkan tanduk bakut rusa juga menjadi buruan bagi mereka yang memahami. Adapun antara rusa dan kijang, sukarnya ia memberati bakut kijang.

Menurut pedoman leluhur tua, Tanduk Kijang Bakut menjadi asbab dalam mematahkan sihir pukau dan ilmu hitam. Samaada dijadikan rincihan sebagai minuman. Mahupun sebagai pakaian diri dalam bentuk loket ataupun permata cincin.

Bahkan telah diturunkan akannya satu pedoman bagi yang telah melalui jalannya. Yakni Tanduk Kijang Bakut ini menjadi asbab besar dalam pegangan istilah ‘kebal darurat’. Bahkan menyelusur akannya sebagai peringan musibah.

Apapun khasiat alamiahnya. Teramat sukanya Tok Bah mengingatkan. Jangan terlalu taksub. Sekadar kita memegang ilmu tua turunan bangsa. Sebagai sandaran kebijaksanaan persahabatan manusia dengan alamiah.

Tiada apa yang diciptakan Ilahi, melainkan ada kerja guna dan manfaatnya pada diri hamba ciptaanNya. Kerana itulah kebijaksanaan generasi lalu jangan sesekali kita pertikaikan.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Saturday, June 22, 2019

TANDUK LANDAU

Hikayat si landau berhias tari,
Banyaknya cabang penghias seni,
Pedoman indah berseri-seri,
Pengubat rindu dikala sunyi

Pelbagai cabang ia dinyatakan,
Keliru diri mencari kebenaran,
Lain tempat lain pedoman,
Lain orang lainlah pula pengajian

Disebut-sebut hanyalah batu,
Sebelum berubah tiadapun satu,
Kini dihidang satu persatu,
Aslinya ia menghambat restu

Tidak perlu menunjuk pandai,
Jika bicara hanyalah kekosongan,
Tidak perlu rujukan pendamai,
Jika hanya inginkan perhatian

Sekadar ini seketika waktu,
Bertemu lagi di lain waktu,
Dalam nada kita berlagu,
Sekadar melepaskan kerinduan nadaku






Wednesday, June 19, 2019

TERAS MALI

TERAS MALI MERAH & TERAS MALI PUTIH

Menurut pedoman, Teras Mali merupakan satu teras yang dikategorikan di dalam kelas pembisa. Walaupun demikian, Teras Mali jarang mendapat tempat di hati peminat teras. Dek kerana tidaklah ia namanya itu disanjung sepertinya pembisa-pembisa yang lainnya.

Teras Mali juga dikatakan mampu menjadi asbab ikhtiar bagi menghalang binatang melata mahupun berbisa. Sesetengah orang menjadikan teras ini sebagai ibu rumah. Yakni sekehendaknya menghalang bahaya-bahaya melata dari merayap naik.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Sunday, June 16, 2019

IBU LOKET TERAS

Ibu loket. Tempahan sahabat. Campur-campur sahaja. Item alam realiti. Bukan alam sebelah. Tidak kebal. Dan dijauhi akannya dari sebarang kebebalan.

Pedoman tua kita genggam. Syariat masih di geraham. Lerah kehidupan tidaklah kusam. Ketaatan setia di waktu malam.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Saturday, June 15, 2019

TASBIH GELANG TERAS

Berpagian bersama teras kayu sahaja. Gelang tasbih campuran teras.

- Teras Raja Kayu Hitam
- Teras Kemuning Kuning
- Teras Bidara
- Teras Asam Gelugor
- Teras Damar Minyak
- Teras Gemunggal Pulau
- Teras Macan
- Teras Penunduk Hitam
- Teras Belian
- Teras Celagi (asam jawa)
- Teras Mempelas

Imam tasbih daripada Teras Kemuning Hitam.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Thursday, June 13, 2019

BATU PETIR API

Orang tua-tua kata batu petir kalau tidak ter’sopeng’ (terluka) jangan sesekali disimpan. Khuatir disambar petir. Kerana sifatnya yang sempurna menandakan belum selesai ia tugasannya sebagai termaktub.

Adapun setengah lainnya mengatakan. Teramat sukarnya ia hendak ditemui yang sempurna. Lagi ia teramat sukarnya hendak dijinakkan ia. Melainkan orang-orang yang tahu kaedah caranya.

Gambar : Batu Petir Api milikan Tok Bah. Sempurna tanpa cacat cela.







Wednesday, June 12, 2019

TERAS BIDARA (CAPAL)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS BIDARA

فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ

"Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri." -(Al Waqiah : 28)

Pohon bidara disebut jelas didalam kitab yang paling mulia iaitu Al Quran. Ianya disebut sebagai diantara salah satu pohon syurga.

Umum mengetahui daun bidara digunapakaikan sebagai salah satu bahan mandian jenazah. Dalam bidang perubatan alternatif, daun bidara digunapakai sebagai medium merawat gangguan halus.

Bahkan, leluhur zaman juga berpegang teguh akan khasiat daunnya. Yang digunapakai untuk mandian. Utama pada wanita yang baru habis haid. Lebih utamanya pada anak2 dara. Bagi mengelakkan gangguan luar menyelinap dekat. Tidaklah masuk tuju-tuju, melainkan berpatah ia kembali pada empunya khianat.

Adapun ini hanya perihal daunnya. Maka, lebih lagilah ia pada terasnya. Hikayat purba mengatakan, Teras Bidara dijadikan ia sebagai pemanggil seru. Baik ia seru molek atau buruknya. Mujarablah keduanya.

Teras Bidara juga teramat baiknya untuk kesihatan. Semakin dikena ia pada peluh, semakin baiklah ia khasiat pada diri. Padanya urat saraf dan sakitan kulit. Penawar bisa sekehendak jadi.

Tidaklah mendekat sebarang hasutan pada mereka yang menanggung Teras Bidara. Melainkan ditembusi pada orang yang menanggungnya jua. Yakni mudah difahami, tidaklah datang sebarang keburukan dari musuh. Melainkan musuh itu juga mempunyai tanggungan Teras Bidara. Adapun ini pemakaian umum.

Adapula mereka yang membawa jalan amal menanggung Teras Bidara ini. Diringankan akannya kesulitan amal. Dipermudahkan akannya lerahan perjalanan. Hingga sampai padanya maksud cita2. Yakni berkat dan redha. Tiadalah datangnya dukacita dari penghasad. Hatta, ditanggung penghasad satu timbangan teras bidara jua. Melainkan digagalkan ia penghasad atas nisbah keburukan.

Teras Bidara adalah antara teras yang payahlah ia ditemui. Walaupun pohonnya melata di muka bumi. Bahkan tidaklah Bidara itu berteras, melainkan melawan adab ia untuk kebaikan manusiawi.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







CINCIN GADING GAJAH

GADING GAJAH ASLI

Tempahan sahabat. Cincin perak 925. Random design. Tidak berhalangan semua item sahabat pemahar akan diposkan esok. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Monday, June 10, 2019

TAMAN

Ini namanya TAMAN (tame) dalam loghat Kelantan. Zaman dahulu Taman digunakan sebagai ketam padi. Satu kaedah mengutip pada yang telah masak.

Taman dikepit diantara ruas jari. Padi kemudiannya diselit dan ditarik ke dalam. Setelah penuh di ketam, padi kemudiannya dimasukkan ke dalam sarung guni yang diikat di pingang. Kemudian proses ketam padi diteruskan. Satu turunan diterima. Yakni saat padi diTaman. Para pesawah akan menyanyikan serangkap lagu

Padi dituai untuk sang bangsa,
Raja berdaulat memayung jasa,
Bangsa keramat di Nusantara,
Kini melarat tamaknya angkara

Kaedah Taman ini memudahkan proses pengutipan padi pada zaman lalu. Kini sudah tidak digunakan lagi. Adapun simpanan hanyalah sebagai kenang-kenangan.

Sekadar menyusuri kembali kebijaksanaan nenek moyang kita orang Melayu. Yang kononnya dikatakan bodoh dan hanya mengharapkan kebijaksanaan penjajah.

Semoga anak cucu kita di zaman seterusnya tidak lagi memperlekehkan kebijaksanaan nenek moyang mereka. Jangan kerana penjajah kita menjadi buta sejarah.






Saturday, June 8, 2019

TANDUK KERBAU LANDAU

Hikayat si Landau kebanyakannya berkisar tentang tanduk ‘fosil’ iaitu tanduk yang bertukar menjadi batu dek kerana mamahan waktu.

Rezeki bertemu sang alim. Mendapat pulalah tanduk si Landau yang asli. Yang masih kekal sifatnya. Alhamdulillah

Mengikut leluhur zaman. Landau merupakan sejenis makhluk yang didefinisikan sebagai khalifah ‘Adam Sebelum Adam’. Yakni salah satu khalifah sebelum Adam yang bersifat bukan manusia. Asalan mudahnya iaitu Jin. Dek kerana kemurkaan di langit. Maka telah dihancurkan jasad zahir mereka setelah ketetapan pengambil alihan manusia sebagai makhluk yang zahir dalam pentadbiran bumi. Berkesempatan kelak akan diperpanjangkan perihal ini.

Adapun dongengan mengatakan akannya ia sumpahan ke atas manusia hingga menjadi kerbau. Terutama cerita dari seberang. Itu Tok Bah tidak jadikan sebagai sandaran. Sahabat-sahabat yang berpegang pada kalimah dongeng tersebut. Dipersilakan. Tiada paksaan.

1/3 bahagian belakang telah ditempah oleh sahabat. Khamis nanti Tok Bah akan poskan semua item sahabat pemahar. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Sunday, June 2, 2019

LOKET CAPAL

Mencintai apa yang diredhai oleh kekasihNya akan menjadi keredhaanNya.

Gambar : Loket capal Teras Laka & Teras Bidara

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com