AMALAN 40
Amalan 40 hari merupakan amalan biasa dalam penerimaan sesetengah sanad dalam ilmu Melayu. Amalan ini mendidik jiwa dalam mengaplikasikan sesuatu amal menjadi sebatian darah daging dalam kehidupan. Pada ghalibnya sesuatu amal yang diperintah akan kiraan ini adanya pantang larang. Contohnya larangan memakan makanan menjalar. Larangan melangkaui bawah jemuran. Larangan meminum melebihi tiga tegukan satu nafas. Dan lain-lain pantang. Biasanya sesuatu yang kita minati pada kebiasaan akan menjadi pantang larang dalam penerimaan amalan 40 hari.
10 hari pertama merupakan fasa penerimaan amal. Fasa pertama ini kita akan mendapati diri kita bersemangat. Mampu melangkaui apa sahaja pantang. Tidak tergugat walau sedikit waktu khusus sesuatu amal.
10 hari kedua merupakan fasa cubaan. Apa sahaja pantang mulai nafsu terliur untuk melanggarnya. Hati mulai bermalasan untuk mengikuti waktu khusus amal. Dan perasaan berbelah bahagi dan keraguan atas amal mulai terbit.
10 hari ketiga adalah fasa sebatian ilmu amal. Dikala fasa ini, ghaliblah pada nafsu itu pada liarnya kehendak. Maksiat dilihat sesuatu yang amat lazat untuk dinikmati. Segerak langkah amal menjadi beban yang maha berat. Andai tidak kukuh pendirian di fasa ini. Alamak kecundangnya diri amatlah tinggi. Fasa ketiga ini merupakan dugaan seberat dugaan.
10 hari terakhir sekehendak mahunya Dia. Merupakan fasa penggenapan hati. Di dalam lingkungan fasa ini, segala kehendak nafsu mulai menurun. Segala keakuan diri mulai mengendur. Tiada lagi keinginan melihat kemungkaran amal. Waktu khusus mulai ditepati dan diri akan mulai merasakan betapa kerdilnya diri. Waktu penggenapan ini adalah fasa terakhir dalam amalan 40 hari. Disini, segala nilai ketuhanan diri mulai melebur. Tiadalah sengketa keakuan hamba terhadap sang Pencipta.
Adapun diatas segala perihal Amalan 40 ini, tertinggal ia dalam mana-mana kitab sekalipun. Yakni tiadalah tertulis. Kerana bijakpandainya para ulama’ terdahulu. Menginginkan perjalanan pengajian itu berlangsung nyata tanpa mengharapkan helaian kitab yang ditinggalkan. Yakni hari khatamnya ia amalan. Yakni hari yang ke 41. Iaitu satu hari genap khatam. Penyempurnaan ia atas segala yang 40.
Tiadalah disebut ia Amalan 41 di halaman mana-mana kirtos. Kerana ini sekehendak jalan pengajian. Yakni sebagai tembok pemisah antara mereka yang benar melalui jalan pengajian dengan mereka yang hanya sekadar ikut-ikutan.
Demikian atas cabang diantara kaedah Ilmu Melayu Tua. Wallahualam
No comments:
Post a Comment