Wednesday, May 29, 2019

40

AMALAN 40

Amalan 40 hari merupakan amalan biasa dalam penerimaan sesetengah sanad dalam ilmu Melayu. Amalan ini mendidik jiwa dalam mengaplikasikan sesuatu amal menjadi sebatian darah daging dalam kehidupan. Pada ghalibnya sesuatu amal yang diperintah akan kiraan ini adanya pantang larang. Contohnya larangan memakan makanan menjalar. Larangan melangkaui bawah jemuran. Larangan meminum melebihi tiga tegukan satu nafas. Dan lain-lain pantang. Biasanya sesuatu yang kita minati pada kebiasaan akan menjadi pantang larang dalam penerimaan amalan 40 hari.

10 hari pertama merupakan fasa penerimaan amal. Fasa pertama ini kita akan mendapati diri kita bersemangat. Mampu melangkaui apa sahaja pantang. Tidak tergugat walau sedikit waktu khusus sesuatu amal.

10 hari kedua merupakan fasa cubaan. Apa sahaja pantang mulai nafsu terliur untuk melanggarnya. Hati mulai bermalasan untuk mengikuti waktu khusus amal. Dan perasaan berbelah bahagi dan keraguan atas amal mulai terbit.

10 hari ketiga adalah fasa sebatian ilmu amal. Dikala fasa ini, ghaliblah pada nafsu itu pada liarnya kehendak. Maksiat dilihat sesuatu yang amat lazat untuk dinikmati. Segerak langkah amal menjadi beban yang maha berat. Andai tidak kukuh pendirian di fasa ini. Alamak kecundangnya diri amatlah tinggi. Fasa ketiga ini merupakan dugaan seberat dugaan.

10 hari terakhir sekehendak mahunya Dia. Merupakan fasa penggenapan hati. Di dalam lingkungan fasa ini, segala kehendak nafsu mulai menurun. Segala keakuan diri mulai mengendur. Tiada lagi keinginan melihat kemungkaran amal. Waktu khusus mulai ditepati dan diri akan mulai merasakan betapa kerdilnya diri. Waktu penggenapan ini adalah fasa terakhir dalam amalan 40 hari. Disini, segala nilai ketuhanan diri mulai melebur. Tiadalah sengketa keakuan hamba terhadap sang Pencipta.

Adapun diatas segala perihal Amalan 40 ini, tertinggal ia dalam mana-mana kitab sekalipun. Yakni tiadalah tertulis. Kerana bijakpandainya para ulama’ terdahulu. Menginginkan perjalanan pengajian itu berlangsung nyata tanpa mengharapkan helaian kitab yang ditinggalkan. Yakni hari khatamnya ia amalan. Yakni hari yang ke 41. Iaitu satu hari genap khatam. Penyempurnaan ia atas segala yang 40.

Tiadalah disebut ia Amalan 41 di halaman mana-mana kirtos. Kerana ini sekehendak jalan pengajian. Yakni sebagai tembok pemisah antara mereka yang benar melalui jalan pengajian dengan mereka yang hanya sekadar ikut-ikutan.

Demikian atas cabang diantara kaedah Ilmu Melayu Tua. Wallahualam





Tuesday, May 21, 2019

TASBIH SULUR BERTAM

TASBIH SULUR BERTAM

Limited edition. Sepenuhnya dari Sulur Bertam. Penanda Imam dan Penanda Bilal dari Bertam Air.

Sulur Bertam asli bukan akar Bertam. Hendak dapatkan seutas ini dari sulur. Makan masa lama juga untuk mengumpul dan mencarinya. Kerana tidak semua Bertam mempunyai sulur.

Antara pembisa berbintik yang Tok Bah sukai. Dan diantara salah satu dari pakaian wajib Tok Bah.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









Monday, May 20, 2019

MINYAK KELAPA BUTA

Bilamana ada sahabat bertanya kenapa Tok Bah sendiri tidak sembuh dengan ‘item’ Tok Bah? Sedangkan orang lain dapat sembuh dengan asbab item alamiah milikan Tok Bah.

Pertama. Kita hendaklah kembali semuanya atas izin dariNya. Jika Dia sekehendak jadi. Maka jadilah. Jika tidak tercapai maksud. Makna kata Dia hendak kita terus berusaha. Mungkin asbab sakitnya kita menjadi rezeki (upah) pada orang yang akan mengubati kita kelak. Situ duduk.

Kedua. Seorang pakar bedah tidak akan mampu untuk membedah dirinya sendiri apabila tertimpa akannya sesuatu musibah. Hatta atas kebijaksanaan kepakaran dimiliki ia sekalipun. Tidaklah mampu disembuhkan ia melainkan perlulah ia padanya pertalian ganting harap antara manusia dan manusia. Makna kata perlu akannya seorang pakar yang sakit itu akan pakar lainnya bagi menyembuhkan akan ia.

Ketiga. Asbab pedoman atas perjalanan leluhur tua. Menjadilah ia pegangan jua sekalipun tiadalah diizinkan mujarab itu pada kadar sejadinya. Apakala telah mujarab ia pada perjalanan lalu. Tetaplah ia akan khasiatnya itu. Sementelah adanya tidaklah berupa ia hukum ‘wajib jadi’ atas setiap makhluk.

Minyak Kelapa Buta dan Lidi Kelapa Sulong ini sebagai suatu gambaran. Yakni menepis ia itu padanya sihir. Pembias padanya tuju-tuju. Menawarkan ia segenap pacutan ilmu musuh yang menusuk. Dan telah mujarab ia atas setiap sahabat pemahar sebelumnya. Tiada tersisa.

Namun, tidak adalah ia akan kesannya pada diri Tok Bah sendiri. Sedang Tok Bah tuan empunya diri asalan. Tetaplah jua menjadi sasaran para jasad yang dipenuhi hasad. Kerana tidak terangkat hijab izin dariNya. Kerana demikian itu kasih Dia yang ingin ditunjukkan dalam sifat lainnya. Maka, kembalilah diri pada maqamnya redha dan tawakal.

Demikian sekadar perkongsian pada malam ini. Semoga memberi manafaat akan isi kalam pada sahabat-sahabat. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





NIBONG TUNGGAL DIPANAH PETIR

NIBONG TUNGGAL DIPANAH PETIR

Dua perihal berkenaan Nibong yang menjadi sandaran pedoman turun temurun. Iaitu Nibong Tunggal dan Nibong Petir. Keduanya mempunyai peranan masing-masing. Adalah milikan ini dari keduanya. Yakni Tunggal yang dipanah Petir.

Namun, kaedah bisanya tetap sama. Pun demikian itu, dikatakan lebih ia pada Nibong Petir. Dek sandaran hukum alam petir itu lintasan rejaman kejahatan syaitan. Makanya, Nibong Petir lebih diberatkan ia akan berbisa padanya menawarkan gangguan mahupun pendinding diri dari makhluk halus.

Apakala sesuatu sandaran hukum itu dinyatakan pada pedoman. Asbab ia kelakuan atas perjalanan leluhur dahulu. Yakni telah mujarab pada perjalanan mereka. Demikian salah satu kaedah letak hukum pakaian diri.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Saturday, May 18, 2019

DELIMA MERAH

DELIMA MERAH (HANDMADE)

Tempahan Sahabat

Sepertimana yang termaktub didalam kitab "Al Jauhar Mauhub Al Munabbihat Al Qulub. Bab ke19 Pada Menyatakan Kelebihan Doa":-

Diantara kelebihan delima merah itu seizin denganNya. Dan yang terlebih mahal harganya itu yang merah. Dan setengah dari khasiatnya, tiadalah api memberi bekas padanya dan tiadalah mengubahkan akan ia.

Dan barangsiapa memakai cincin dan permata delima yang merah atau ditanggungkan akannya. Menafikan akannya daripada penyakit gila babi, ta'un dan papa dan dipermudahkan hidupnya, dikuatkan hatinya, hebat akannya ia akan manusia dan dipermudah segala hajatnya. Wallahualam

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Tuesday, May 14, 2019

TASBIH TERAS KOKA

Takdir itu telah wujud sebelum terciptanya waktu. Setiap yang tertulis itu merupakan helaian skrip yang akan diolah lakonannya dari sudut kehidupan.

Walaupun demikian, sebelum kita menggapai takdir terakhir. Kita sebagai hambaNya telah diberikan akal dalam menentukan takdir itu hanya sekadar takdir atau takdir itu mampu diubah pendiriannya.

Seumpama beriman bukan sekadar beriman. Sekehendak iman itu berilmu pula akannya. Baharulah selari akan keduanya. Yakni beriman tidak membabi buta. Berilmu pula dalam kejapan pegangan.

Gambar : Tasbih Teras Koka

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Monday, May 13, 2019

PACANG URUT TERAS CELAGI

Segenggam pulut mengenyangkan perut,
Segenggam beras alas semulut,
Segenggam pasir dibawa berdengkur,
Selisih ilmu musuh nan kabur

Besar sikit kali ini. Sebab ramai komplain haritu punya kecil. Harga pun sedikit lebihlah. Teras sukar didapati. Teras Celagi Masam.

Gambar : Pacak Urut Teras Celagi / Teras Asam Jawa

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







BATU TOK WALI

BATU TOK WALI

Tempahan sahabat. Cincin perak 925. Esok akan diposkan. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Sunday, May 12, 2019

BATU PETIR PUTIH

BATU PETIR PUTIH

Tempahan sahabat. Ikatan perak handmade. Lusa akan diposkan. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Sunday, May 5, 2019

PERUTUSAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PERUTUSAN RAMADHAN

Tirai Ramadhan kembali disingkap. Anugerah Ilahi masih diteruskan atas kita sebagai hambaNya yang masih bernafas. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terindah buat kita semua. Insyaallah

Tok Bah ingin menarik sedikit perhatian para sahabat yang dikasihi. Syukurilah kita akan nikmat keamanan yang diberikan ke atas negara kita ini. Apakala akan segala ini, amanlah kiranya jalan ibadah kita tanpa adanya gangguan-gangguan. Tanpa adanya halangan-halangan. Aman qiyam kita. Aman rukuk kita. Aman sujud kita.

Dalam mengekalkan keamanan ini, jangan sesekali kita melupakan kesulitan para saudara kita di setiap pelusuk dunia. Yang tidaklah dilakukan sujud mereka itu, melainkan seumpama sujud terakhir sebelum menanti kezaliman menebas batang leher mereka. Lihatlah Palestin. Lihatlah Syria. Lihatlah pergolakan blok dunia ketiga lainnya. Apakah kita masih kurang merasakan nikmat bersyukur?

Seutamanya itu akan ada-ada saudara agama di keliling kita. Apakah mereka berkecukupan? Ataupun sekadar mengambil bau kelazatan dari hidangan kita? Alangkah celaka jika demikian itu terjadi dan kita masih merasakan ibadah kita adalah ibadah yang terbaik.

Bersama kita mendidik hati kita semua bagi menjalani juzuk diantara juzuk ibadah yang mulia ini. Bantulah yang lebih memerlukan. Terimalah seadanya pemberian. Syukuri nikmat yang diberikan.

Mulai esok, petugas-petugas yang telah diberikan amanah untuk menguruskan pembahagian masakan asnaf. Jalankan tanggungjawab kalian sejujurnya. Kerana pada tahun ini, Tok Bah tidak turun padang secara langsung. Memandangkan jadual Tok Bah yang terlalu padat. Melainkan memberikan kepercayaan penuh pada kalian. Semoga Allah swt membalas jasa kalian dengan sebaik pembalasan. Amin

Dikesempatan ini juga Tok Bah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Gino Pizza atas tajaan makan-makan buat Tok Bah sekeluarga. Gino Pizza merupakan milikan penuh anak tempatan. Dengan menyajikan hidangan berunsur Pizza, Pasta dan lain-lain makanan segera bertemakan barat. Dijamin halal.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dari Tok Bah sekeluarga. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik mulanya kebahagiaan kita dalam mengecapi kemanisan iman. Insyaallah

Tok Bah
01 Ramadhan 1440