Semalam sedikit sibuk memandangkan teratak usang Tok Bah dikunjungi seorang sahabat yang amat disegani. Antara permata ilmu yang ditinggalkan
"Amanah adalah sesuatu yang amat mudah untuk diucapkan. Tetapi sukar untuk dijaga. Malahan teramat payah untuk dijalankan. Sedikit terpesong dari genggaman, akan terburai semua ikatan. Disitu berlakunya pecah amanah. Maka, berhati-hatilah dalam mengucapkan, menjaga dan menjalankan amanah.
Sekuat mana sekalipun simpulan dan lindungan. Akan ada bahana-bahana yang seolah memaksa amanah ini diretakkan. Bisikan halus ini andai tidak dikawal. Akan memakan diri sendiri. Tika kita telah terlihat dan merasakan kekuatan dalaman telah terbit dari hati. Riak dan ujub serta taksub pada diri akan merajai hati. Saat itu, berdiamlah. Usah diikutkan nafsu yang sedang mengambil alih tugas tuhan. Kerana 'tuhan baharu' ini akan melemahkan akal, pemikiran dan tindakan."
Alhamdulillah. Pertolongan sentiasa hadir saat fikiran menjadi terlalu buntu. Saat dan ketika segala percaturan seolah terhijab. Hadirnya sahabat memberi nasihat.
Untuk makluman sahabat-sahabat. Urusan pembahagian asnaf telah Tok Bah menyerahkan keseluruhan keatas sahabat yang lain. Namun, masih di peringkat pemantauan. Saluran sama masih digunakan untuk sumbangan. Sehingga telah terputus segala ketetapan. Akan dimaklumkan apabila mencapai tempoh kematangan.
Keputusan diambil dek kerana kesihatan yang semakin merosot sejak dua bulan kebelakangan ini. Gelak ketawa masih boleh. Perkongsian masih boleh. Nikmat akal untuk berfikir masih belum ditarik olehNya. Hanya sedikit kekuatan masih belum Dia pulangkan. Masih tergantung dalam penghapusan dosa-dosa.
Penarikan asnaf yang melanggar aturan. Sepertimana yang diumumkan beberapa ketika lalu telah mencapai kata sepakat yang sempurna. Selesai semuanya sebaik-baik penyelesaian.
Segalanya telah tertulis. Hanyasahaya lerah perjalanan itu kita yang menukilkan. Dengan anugerah akal. Agar penuh kebijaksanaan. Mewujudkan keamanan, bukan kemusnahan.
Adapun akta-akta rahsia itu. Tetaplah dirahsiakan. Demi kebaikan bersama.
Adapun Tok Bah, andai tidak lagi berkekuatan. Sentiasa didoakan agar adanya pengganti yang lebih baik dalam mengurustadbir legasi ini. Legasi yang tidak pernah dan tidak akan tertulis dimana-mana lembaran sejarah. Namun, terukir dilangit dengan penuh megah.
Tok Bah memohon istirehat buat seketika waktu. Perjalanan masih jauh.
Tok Bah
27/11/2018
Assalamualaikum. Semoga segala isi kandungan di sini membawa manafaat buat sahabat2 sekalian. Bagi sahabat yang berminat untuk menempah. Boleh membuat tempahan melalui:- Whatsapp : 01167643990 FB : Tok Bah (Original) IG : tok_bah_permata
Tuesday, November 27, 2018
Thursday, November 22, 2018
SUATU PERKONGSIAN
Dari dulu lagi dah pesan. Nak pakai cincin, rantai, gelang atau loket. Jangan terlalu taksub. Kena ingat tapak tauhid kita. Pedoman kita ambil. Sempadan kita ukur. Agar tidak melampaui perbatasan.
Dari awal Tok Bah menolak fahaman ini. Dan dari awal penerangan demi penerangan diketengahkan. Adapun jika dianggap ilmu yang diketengah itu tidak semengah. Maka, itu kadar ilmu dari diri ini. Apakala berlebihan itu tidaklah termaktub. Berlebihan dalam khayalan.
Alamiah turunan Ilahi ini tidaklah sia-sia diciptakan. Sepaling tidak ia untuk renungan manusia. Hikmah atas setiap kejadian makhluk. Ada haknya masing-masing. Yang membezakan manusia, haiwan dan tumbuhan. Adalah akal.
Kesilapan utama akal pada manusia adalah akal ini dikawal melebihi ketuhanan Tuhan. Disinilah ramainya yang tidak mengerti. Hingga aturan asal terpelanting dari landasan. Jin perga mambang juga hendak dilebihkan.
Berpada-pada dalam membawa pakaian diri. Ingat bahawa pakaian diri ini hanyalah sekadar suatu tampalan. Tidak ada tak apa. Ada lebih baik. Situ duduk. Biar reti.
Gambar : Tiga serangkai satu jasad

Monday, November 19, 2018
SALAM MAULIDUR RASUL
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat menyambut Maulidur Rasul. Dari Tok Bah sekeluarga. Perbanyakkan selawat mulai malam ini. Hingga pada hari-hari seterusnya. Sampailah tiba nyawa di halkum. Mudahan asbab selawat pada junjungan kasih Baginda saw ini. Menjadi tampalan pada kecacatan amal-amal kita yang lainnya. Insyaallah
Jika sebelum ini kita tidak mencintai Rasulullah saw. Malam ini kita cuba terbitkan rasa kasih pada Baginda saw. Jika kita telah sedia mencintai Baginda saw. Malam ini kita lipatgandakan kasih pada Baginda saw.
Firman Allah swt :-
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad saw). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Al Ahzab : 56)
Tidaklah tertakluk kecintaan ini hanya pada maulidnya sahaja. Hanyasahaya ia sebagai satu tanda ingat-ingatan. Bahawa pada tarikh ini dilahirkan manusia yang agung. Penutup sekalian nabi-nabi. Bahkan kelahiran ini amat dinanti dari Nabi Adam a.s hinggalah Nabi Isa a.s. Bahkan para nabi sebelumnya amat berharap menjadi umat Baginda saw. Tidakkah kita bersyukur?
Tok Bah menyeru sahabat-sahabat sekalian. Luangkan sedikit waktu. Berselawatlah sebaiknya. Dengan tutur tertib sebaiknya. Setidak-tidaknya 100 kali ucapan. Moga dengan ini, menjadi asbab diperpanjangkan penglihatan Rasulullah saw untuk menaburkan syafaatnya kepada kita di akhirat kelak. Insyaallah
Tok Bah
12 Rabiul Awwal 1440

Sunday, November 18, 2018
NIBONG TUNGGAL
Nibong Tunggal menjadi idaman,
Pembisa alir tubuh badan,
Alamiah sejati anugerah Tuhan,
Buat sahabat sebagai renungan
Ringan jasad si Nibong Lintar,
Kerasnya sekeras sang pelakar,
Bunyi ketuk disangka gelegar,
Rupanya batin sedang menggeletar
Kain sutera dililit serban,
Hukum ketepi kerana kebanggaan,
Hilang kebal sutera seripan,
Ditusuk syahdu Nibong hantaran
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Pembisa alir tubuh badan,
Alamiah sejati anugerah Tuhan,
Buat sahabat sebagai renungan
Ringan jasad si Nibong Lintar,
Kerasnya sekeras sang pelakar,
Bunyi ketuk disangka gelegar,
Rupanya batin sedang menggeletar
Kain sutera dililit serban,
Hukum ketepi kerana kebanggaan,
Hilang kebal sutera seripan,
Ditusuk syahdu Nibong hantaran
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Saturday, November 17, 2018
TEMPAHAN SAHABAT
Tempahan sahabat. Gabungan 41 jenis teras. Lusa Tok Bah poskan. Esok ada temujanji hospital. Tak sempat nak singgah pos.
Boleh rujuk post lalu untuk senarai teras. Sebarang urusan dan rujukan
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Boleh rujuk post lalu untuk senarai teras. Sebarang urusan dan rujukan
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
BUJANG GALAK PINANG PUTERI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
BUJANG GALAK PINANG PUTERI
Adahal halnya bujang galak ini. Akan namanya juga sebagai pinang puteri. Mempunyai kelas tersendiri dari kalangan kelas pembisa. Uniknya ia dari pelbagai segi. Maka halnya khasiat.
Utamanya ia merebahkan ilmu yang songsang. Menjatuh ia tabir pendinding seteru madu.
Dikata orang pembisa terulung. Kebal tiadalah kebal akan bisanya. Tahan tiadalah tahan akan bisanya. Bahkan ia khasiatnya pengasih. Mengunci kasih dalam lingkaran. Tiadalah membawa keluar garisan.

Friday, November 16, 2018
TERAS KOKA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
TERAS KOKA
(LAST ITEM)
Teras Koka terakhir dalam simpanan. Dan setelahnya akan ditutup tempahan untuk teras ini. Sehingga diberitahu kembali. Insyaallah
Dalam mendalami khasiat Teras Koka. Suka untuk Tok Bah menyelusuri kembali ingat-ingatan pada pedoman leluhur. Akannya itu beberapa asbab. Seingat-ingatan sahaja. Andai berkesalahan. Maka itu kesalahan dari Tok Bah. Baik.
Pertama. Dinyatakan oleh leluhur akannya yang memiliki Teras Koka ini. Amanlah darinya ancaman gangguan makhluk-makhluk yang berniat jahat. Lebih lagi aman baginya dari makhluk yang melata.
Kedua. Atasnya ibu dalam pantang bersalin. Yakni didampingi akan teras ini sehampirnya sentiasa. Rendamannya dibuat minum. Serta dijelung kepala padanya sebelum tidur. Berkurang sakitnya ia pantang.
Ketiga. Asbab nyata atas diri Tok Bah sebagai pedoman. Penawar akannya bisa sengatan. Utama yang telah dilalui. Sengatan lebah dan tebuan. Dengan disapu lurutkan pada tempat-tempat sengatan.
Keempat. Tidaklah terkena akan zahir jasad yang dihasad. Yakni terkena sihir. Melainkan tawar ia tuju-tuju dalam nisbah berkurangnya rasa sakit. Tidaklah dikata sekaligus hilang.
Adapun perihal kelima yang diperdebatkan halnya akannya khasiat sebagai pelimun. Itu tidaklah termasuk dalam perjalanan akal Tok Bah. Belum sampai pada pengetahuan diri. Melainkan didengar-dengar dari ucapan orang lain. Apakala ini, tetaplah menjadi sandaran waspada. Mudahan berkat atasnya segala jasa makhluk yang dinamakan Teras Koka ini. Insyaallah

Tuesday, November 6, 2018
TASBIH ULAR CINTA MANI EMAS (33)
TASBIH ULAR CINTA MANI EMAS
(33)
Ada dah tak banyak. Untuk beberapa ketika ini. Tiga utas ini dikira stok akhir.
Sahabat-sahabat yang menempah untuk 99 biji. Tok Bah tak janji bila lagi stok akan ada. Lebih lagi di musim tengkujuh ni.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
(33)
Ada dah tak banyak. Untuk beberapa ketika ini. Tiga utas ini dikira stok akhir.
Sahabat-sahabat yang menempah untuk 99 biji. Tok Bah tak janji bila lagi stok akan ada. Lebih lagi di musim tengkujuh ni.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
TANDUK KERBAU MATI BERANAK
Rezeki hujan lebat. Tanduk Kerbau Mati Beranak. Dipinang oleh sahabat dari Perlis. Jauh datangnya. Nasib baik Tok Bah belum tidur.
Tetamu ni kalau datang lewat malam. Tengok-tengoklah. Kalau tuan rumah buat-buat menguap dua tiga kali. Dia nak suruh kau balik lah tu. Dia nak main pubg. Biar reti. Ahahaha...
Tadi ada berseloroh tentang 'darul sunnah'. Itu seloroh sahaja. Jangan salah faham. Tok Bah tak reti. Tok Bah bukan ahli. Saja nak dengar khabar dari saudara-saudara disana. Mudahan tidak merebaklah ke tempat lain.
Tanduk Kerbau Mati Beranak ni mengikut pedoman turunan. Asbab besar dalam penyekok (penyekat) senjata musuh. Selisih marabahaya. Ringan akan asbab sesuatu bencana. Pelimun dalam darurat. Boleh rujuk di blog, post lama tentang ni. Untuk lebih lanjut.
Ini atasnya pedoman, jangan pula beriman. Biar reti.

Friday, November 2, 2018
REKOD BAHARU
Terima kasih buat semua sahabat. Sepanjang tujuh tahun bersama. Dari zaman kegemilangan Bahlol Dana hinggalah era Tok Bah. Tok Bah tidak dapat menafikan. Kerinduan pada zaman Bahlol Dana itu sentiasa hidup mekar di hati ini.
Terima kasih diatas kepercayaan yang kalian berikan. Amanah yang dibebankan dijalankan sebaiknya. Walaupun adakala tergelincir waktu sepertimana tika ini. Apapun, senantiasalah diusahakan sebaiknya. Insyaallah
Kesabaran dan kesetiaan kalian dijadikan penanda aras pengukuhan ukhuwwah antara kita semua.
From zero to hero. Dari kosong kepada dimana kita semua telah banyak membantu keluarga besar kita. Terutama golongan asnaf. Yang kita campuri permasalahan mereka. Meringankan sekadar mampu kekurangan mereka. Pengekalan prinsip bergerak 'dari belakang tabir' tetap menjadi tunjang nadi utama dalam perjalanan ini.
Wallahualam

Subscribe to:
Posts (Atom)