Friday, October 5, 2018

SATU PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah satu sesi ringkas dari pertemuan lewat malam semalam. Berkenaan isu penarikan kembali dana beberapa orang asnaf. Ada pihak dari sahabat yang tidak berpuas hati dengan keputusan Tok Bah kebelakangan ini. Maka, pencerahan dari pertemuan semalam diharap dapat menjadi tanda arah dalam pemahaman.

Pertama. Sumbangan dana asnaf merupakan sumbangan dari sahabat-sahabat alam maya terutamanya. Baik yang pernah berurusan atau tidak pernah berurusan dengan Tok Bah.

Kedua. Setiap permaharan. Akan dicabut sebanyak 10% untuk bantuan asnaf. Kedua kaedah inilah menjadi tunjang utama dalam perolehan dana asnaf. Adapun lainnya, sumbangan berupa barangan itu bab yang lain.

Penarikan sumbangan berlaku apabila telah mencapai tahap keseimbangan pada orang-orang yang menerima sumbangan. Sebagai satu contoh. Apabila telah menerima ia penerima akan sesuatu pekerjaan atau pendapatan yang boleh diimbangi. Maka, penarikan akan berlaku. Tidaklah bermaksud dihentikan serta merta atasnya. Melainkan di ambil bicara jualah pada batas-batas masa pemerhatian.

Kekecohan kebelakangan ini di blok Tok Bah timbul kerana Tok Bah menarik kembali secara mengejut beberapa orang asnaf. Ada asbabnya. Jika telefon pintar seharga tiga ribu lebih boleh dibeli. Dimana nilai takhta 'asnaf' yang dicanang? Bahkan ada yang menggunakannya untuk berjudi. Dengan alasan ingin mencuba nasib melipat gandakan sumbangan yang diterima. Tidak malukah?

Pihak kami bukanlah satu organisasi yang menjaga keperluan umum secara menyeluruh. Tanpa sahabat-sahabat disini, pihak kami tidaklah mampu menggalas amanah ini. Dek kerana amanah inilah, segala percaturan sentiasa dititiberatkan.

Alhamdulillah. Sahabat-sahabat yang terlibat dalam pengurusan pembahagian nampaknya berpuas hati dengan pencerahan lewat semalam. Tok Bah amat menghargai semua teguran dan pendapat. Tidaklah diletakkan diri ini betul sepenuhnya. Andai berkesilapan itu, maka itu adalah resam sebagai nadi yang bergelar makhluk. Wallahualam

Gambar : Tasbih Teras Bidara



1 comment:

  1. Betul la tu... Kalau pakai samsung note 9 yg harga ribu², pergi tikam magnum toto, maka sewajarnya lah dihentikan bantuan asnaf tu. Ramai lagi yg lebih layak dibantu...

    ReplyDelete