Berkenaan Saidina Umar r.a melaksanakan hukuman hudud ke atas anaknya (Abu Syahmah) sehingga mati. Kisah ini telah sekian lama menular dalam masyarakat kita. Hingga dibawa-bawa oleh penceramah-penceramah.
Pada pendapat peribadi Tok Bah. Riwayat-riwayat usulan kisah ini adalah terlalu lemah. Antara beberapa asbab dinyatakan lemah
- Nama perempuan tersebut tidaklah jelas dalam sejarah. Hingga boleh dikatakan tiada dalam lipatan sejarah. Susur galur yang meragukan.
- Jika dikatakan perempuan tersebut dirogol oleh Abu Syahmah. Tidak ada keperluan baginya menyembunyikan kandungannya sehingga lahir. Boleh sahaja diadukan pada Amirul Mukminin sejak dari awal. Kerana itu akan menyebabkan perempuan tersebut mendapat pembelaan awal dan bantuan dari Khalifah.
- Hukuman sebat yang membawa kepada kematian. Umum sedia maklum tertib hukuman ini mempunyai had tertentu. Dan tidaklah melampaui batas. Agak mustahil andai ingin dinyatakan Saidina Umar mengatasi emosi dalam menjalankan pemerintahan.
- Percanggahan riwayat berkenaan Abu Syahmah mabuk kerana meminum arak. Lalu merogol seorang gadis. Sedangkan dalam riwayat berlainan tidak dinyatakan asbab puncanya dari arak.
- Abu Syahmah adalah nama gelaran dan bukannya nama sebenar anak Saidina Umar r.a. Maka, disandarkan pada anak yang manakah gelaran ini? Jika disandarkan pada Ubaidillah. Bukankah Ubaidillah hidup hingga zaman Khalifah Utsman. Dan syahid didalam peperangan Siffin. Apakah Ubaidillah ini hidup kembali setelah mati menerima hukuman di zaman Khalifah Umar? Tidak logik.
- Andai dikaitkan sandaran gelaran ini pada Abdul Rahman. Kisah khamr ini wajib diketepikan. Kerana jauh langit bumi riwayat kisah diatas dengan perjalanan hukuman. Kerana pada Abdul Rahman itu sendiri meminta dirinya dihukum. Bukannya paksaan pengakuan dari Khalifah Umar.
- Hendak disandarkan pada Abu Zubair? Mengaji sendirilah. Malas Tok Bah nak tulis panjang
Bagi Tok Bah. Riwayat ini hanyalah sekadar satu Israilliyyat yang menjadi jarum halus dalam merosakkan imej Islam. Andai ada kesalahan dalam maklumat ini. Maka, itu adalah dari kekurangan Tok Bah.
Tok Bah
09/08/2018
No comments:
Post a Comment