Monday, September 10, 2018

1 MUHARAM 1440

Ramai yang whatsapp mahukan barang dibuat esok. Kalau tak dapat siap esok pun. Kira potong esok barang yang dikehendaki. Siap lain kali pun tidak apa. Janji esok potong. Hari lain tak mahu.

Tok Bah terkejut juga rasanya ni. Tidak disangka ramai yang ariff bab satu Muharam. Alhamdulillah

Sedikit perkongsian dari pengetahuan Tok Bah yang cetek. Sekadar ingat-ingatan pengajian silam.

Adalah pertama itu dinyatakan dalam kitab Mujarrobat Madiinatul Asror. Yakni tanggal 1 Muharam jatuhnya pada hari Selasa.

Adalah akan terjadi raja-raja mendapat kemenangan keatas musuhnya. Dan ditawan musuh-musuhnya secara terangan mahupun diam. Air-air sungai akan melimpah ruah. Peperangan diantara raja-raja. Halwa penyakit berjangkit berleluasa. Yakni merebak ia penyakit. Dan para petani mengeluh. Tiadalah hasil akan kejadian, melainkan sedikit dituaikan. Akan menderita mereka kerugian.

Dan akan berlarutan peperangan diantara bangsa Arab dan bangsa Ajam. Dan sebesarnya kerosakan oleh pemimpin-pemimpin yang jahil.

Adapun daripada pandangan petua ilmu Melayu. 1 Muharam jatuhnya pada hari Selasa itu adalah satu keberkatan dan satu kemusykilan.

Berkatnya ia adalah atas dasar Selasa itu adalah digelar-gelar hari 'berbomoh'. Duduk keadaannya semangat dalaman itu di kemuncak. Dan tiadalah jatuh pada dasarnya kehinaan atas amal tubuh. Hingga diizinkan hina pada orang-orang oleh Tuhan. Dan sebaiknya perbekalan pakaian diri itu dinanti usik (mula dibuat) pada hari ini sebagai satu perbekalan khusus.

Adapun kemusykilan itu hanya satu perihal. Duduk perkara akannya sabit umum. Yang tiadalah difahami sesetengah orang. Akan sesetengah sahaja yang faham.

Wallahualam

Tok Bah
1 Muharam 1440



No comments:

Post a Comment