Wednesday, September 26, 2018

REHLAH

Persediaan memimpin ummah bermula dari awalan penerapan. Apa cara sekalipun, mudahan kelak jiwanya kukuh dalam pendirian. Jasadnya utuh dalam mempertahankan. Pemikirannya tajam dalam menjalankan keadilan. Buat anakku Nur Muhammad dan seluruh saudara seagama. Insyaallah

Kebelakangan ini dilihat jelas penghinaan demi penghinaan terhadap ulama-ulama. Syiar Islam dipermainkan sewenangnya. Seakan tiada kawalan dalam membanteras kegilaan ini. Kemenangan yang tertunda dijadikan modal dalam mempermainkan keikhlasan para pejuang warisan wahyu.

Renungi sejenak. Sesungguhnya tanpa kita sedari, kita sedang merealisasikan sabda-sabda agung Baginda saw sejak 1400 yang lalu. Pada bab fitnah di akhir zaman. Hanyasahaya dimanakah kedudukan kita di dalam sabda tersebut? Adakah sebagai pejuang? Ataukah sebagai penentang?

Benar. Islam dilihat terlalu lemah pada masa kini. Lemahnya institusi Islam pada ketika ini merupakan satu juzuk diantara sekian juzuk dalam melengkapkan konsep 'fitnah di akhir zaman'. Andai fitnah ini telah terhapus, keadilan kembali ditegakkan. Maka, tiada faedahnya kiamat masih ditunda. Disinilah renungan harus diperhalusi.

Suka atau tidak, kita semua sedang menjalankan watak dalam menyambut kembali kehadiran pimpinan agung. Menuntut kemestian berwahyu walau dalam ketiadaan tunjang pemerintahan.

*abaikan gambar di baju Nur Muhammad. Lupa nak bawa bajunya yang tidak bergambar. Lena di ribaan Tok Bah lepas penat duk berdoa dengan cara dia.

Wallahualam






Sunday, September 23, 2018

TEMPAHAN KHAS

Tempahan sahabat bekas sukarelawan. Yang banyak berjasa di bumi umat Islam. Tok Bah tak pasti sama ada sahabat ustaz Tiff Tholiban ini turut sama terlibat dalam misi kemanusiaan semasa peristiwa Ashful Ma'kul 2014. Jika ya, makanya kita pernah bersua muka tanpa mengenali satu sama lain. Tok Bah Medical Team punya group.

Itu hari Tok Bah janji nak buat satu teras sahaja. Tak mengapalah, Tok Bah buat istimewa buat ustaz Tiff dan sahabat seorang lagi yang dirahsiakan namanya.

Tasbih 33 jenis teras, tiga biji setiap jenis teras. 99 biji seutas. Saiz mega. Panjang lebih kurang 3 kaki. Antara terasnya adalah :-

1. Teras Tebu
2. Teras Kebar Darah
3. Teras Macan Hutan
4. Teras Beko
5. Teras Kedap Laut
6. Teras Sipul
7. Teras Kelidam
8. Teras Kebar Naga
9. Teras Kulim
10. Teras Susu Pladuk
11. Teras Pelangas
12. Teras Setar
13. Teras Klakok (pohon mudu)
14. Teras Rambai
15. Teras Mata Kucing
16. Teras Tas
17. Teras Buai Jala
18. Teras Belian Merah
19. Teras Gemunggal Pulau
20. Teras Kemuning Kuning
21. Teras Kapas (out of stok)
22. Teras Balau
23. Teras Sena
24. Teras Baji Hutan
25. Teras Ketangga
26. Teras Raja Kayu Hitam
27. Teras Tapak Gajah
28. Teras Kerantai
29. Teras Guruh (teras roh dalam bahasa tua)
30. Teras Negering
31. Teras Belian Hitam
32. Teras Tas Harimau
33. Teras Cendana

Imam dan pemisah dari Terang Gemunggal.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






TASBIH BAHA PUTIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH BAHA PUTIH

Tempahan sahabat. Puan Haliza pengasas Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, Subang Jaya. Sekian kali berurusan dengan Tok Bah. Alhamdulillah

Sahabat yang ingin menyumbang kepada pertubuhan amal ini boleh terus whatsapp Tok Bah untuk mengambil nombor Puan Haliza bagi urusan sumbangan dan lain-lain.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Wednesday, September 19, 2018

"PA"

Masa jadi parang panjang dia patah sekali. Puting parang panjang disimpan. Mata dia kita buat parang pendek. Parang biasalah.

Masa jadi parang biasa dia patah sekali lagi. Puting parang ni kita simpan. Mata dia kita kitar lagi sekali jadikan sebagai pisau lapah.

Elok jadi pisau dia patah pula sekali lagi. Dah tiada apa nak dibuat dah. Tiga kali patah dari satu batang tubuh. Sebermula semuanya huruf "pa".

Pa tiga Pa dikasi nama. Parang panjang patah, parang patah dan pisau patah. Tiada lagi rasanya orang lain memiliki "Pa tiga Pa" ni. Rezekilah gayanya. Alhamdulillah





Tuesday, September 18, 2018

TASBIH TERAS LAKA

Upah sabar menunggu sentiasa ada. Dapat upah terus "haha". Biasa dah sahabat-sahabat pemahar ni. Lain orang lain ragam. Apapun terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan kita bersama. Amin

Terima kasih dari pihak Tok Bah diatas kesabaran tuan puan sekalian. Sahabat-sahabat Tok Bah memang semua terbaik. Alhamdulillah

Gambar : Tasbih Teras Laka




Thursday, September 13, 2018

MAKLUMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apabila Tok Bah mula merancang ziarah. Atau dalam bahasa mudahnya 'booster' bagi setiap kali sesi. Biasanya setahun akan ada dua atau tiga sesi ziarah. Pantai Barat, Pantai Timur dan Utara semenanjung. Maka, akan berlakulah ketidaktepatan masa dalam menyiapkan item sahabat-sahabat pemahar. Berikutan tempahan awal yang masuk secara bertingkat-tingkat dari sahabat yang akan diziarahi.

Disini Tok Bah ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan buat sahabat-sahabat terlibat. Kerana terpaksa menunggu lebih lama dari kebiasaan.

Yang telah biasa berurusan. Tok Bah tidak risau sangat. Yang dirisaukan, sahabat-sahabat yang baru hendak berjinak-jinak dengan Tok Bah. Itulah kerisauan utama Tok Bah. Lama menunggu, khuatir kalian bersangka buruk. Sekitar tujuh atau lapan orang sahabat baru. Yang masing-masing Tok Bah perasan mulai resah menunggu. Jangan risau, barang tempahan akan tetap sampai. Hanya masa sahaja yang terpesong dari dijanjikan. Itulah ghalib kejadian apabila tempahan dibuat sekitar waktu 'booster'.

Untuk kelewatan, ada lebihan saguhati akan dititipkan pada kebiasaannya. Sahabat yang selalu berurusan akan mengetahui perihal ini. Kerana saguhati tidaklah kurang nilainya dari permaharan. Kerana itu, bagi yang telah biasa. Mereka tidak kisah menunggu.

Tok Bah tidak menyalahkan sahabat-sahabat baru dalam ketidakfahaman ini. Kerana kalian tidak mempunyai waktu untuk menilai perjalanan Tok Bah. Tok Bah hormati dan akan berusaha secepatnya dalam menyiapkan item-item yang ditempah. Insyaallah

Sekali lagi, Tok Bah memohon kemaafan diatas kelewatan. Semoga sahabat semua memahami situasi ini.



Wednesday, September 12, 2018

FOSIL LARAK SALAH

Larak salah ni ramai salah anggap kalau pakai dia jadi kelimunan. Orang jadi tak nampak. Benar. Pedoman tersebut memang benar. Tapi dalam hal-hal tertentu. Darurat misalnya. Bukan 24 jam kelimunan. Biar reti.

Jangan terlalu taksub sangat nak uji serba serbi ni. Khuatir makan diri. Kalau dah memandai-mandai dan termakan diri. Depan hari jangan duk tuding jari. Orang dah pesan supaya berhati-hati. Sekali lagi biar reti.

Tempahan sahabat. Fosil Larak Salah.

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






TEMPAHAN SAHABAT

Tempahan sahabat. Kepala tasbih campuran. Tempahan sahabat pemahar Tok Bah terpaksa tundakan hari pengeposan. Tidak sempat rasanya hendak disiapkan hari ini. Seribu kemaafan dari pihak Tok Bah. Akan dititipkan sedikit saguhati atas kesabaran sahabat terlibat. Insyaallah







Tuesday, September 11, 2018

MAKLUMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama. Untuk sahabat Terengganu. Tok Bah sudah tidak dapat hendak menerima lagi aluan kalian untuk sesi pertemuan. Cukup sekadar setakat senarai kini. Bukan tidak mahu bertemu. Tok Bah khuatir tiada kesempatan masa untuk melayan kalian.

Adat bila bertemu. Hendak jugalah mengopi secawan dua. Berborak-borak bertukar pendapat. Benda macam ini tidak terurus dalam masa lima minit. Paling tidak pun satu jam. Kira Tok Bah terus potonglah sesi yang lebih tu. Lain waktu pula kita plan bagi mana yang tak sempat tu. Insyaallah

Kedua. Khas untuk sahabat yang buka kedai makan. Janganlah susah-susahkan diri menghidangkan makanan berlebihan. Bukan Tok Bah tak suka. Takut membazir. Selalu Tok Bah ziarah sahabat tauke kedai makan, hidangan macam 10 orang nak makan. Ala kadar dah cukup. Kalau ada ketum. Bungkus ikat tepi masa sesi akhir sebelum berpisah. Itu molek.

Terakhir. Macam biasa. Setiap sesi pertemuan. Ada saguhati khas dari Tok Bah. Berupa Dirham mahupun Dinar keluaran khas edisi negeri Kelantan. Sebagai suatu tanda penghormatan dan persaudaraan yang tidak ternilai. Insyaallah

*layan makanan dalam polisterin je malam ni.


Monday, September 10, 2018

1 MUHARAM 1440

Ramai yang whatsapp mahukan barang dibuat esok. Kalau tak dapat siap esok pun. Kira potong esok barang yang dikehendaki. Siap lain kali pun tidak apa. Janji esok potong. Hari lain tak mahu.

Tok Bah terkejut juga rasanya ni. Tidak disangka ramai yang ariff bab satu Muharam. Alhamdulillah

Sedikit perkongsian dari pengetahuan Tok Bah yang cetek. Sekadar ingat-ingatan pengajian silam.

Adalah pertama itu dinyatakan dalam kitab Mujarrobat Madiinatul Asror. Yakni tanggal 1 Muharam jatuhnya pada hari Selasa.

Adalah akan terjadi raja-raja mendapat kemenangan keatas musuhnya. Dan ditawan musuh-musuhnya secara terangan mahupun diam. Air-air sungai akan melimpah ruah. Peperangan diantara raja-raja. Halwa penyakit berjangkit berleluasa. Yakni merebak ia penyakit. Dan para petani mengeluh. Tiadalah hasil akan kejadian, melainkan sedikit dituaikan. Akan menderita mereka kerugian.

Dan akan berlarutan peperangan diantara bangsa Arab dan bangsa Ajam. Dan sebesarnya kerosakan oleh pemimpin-pemimpin yang jahil.

Adapun daripada pandangan petua ilmu Melayu. 1 Muharam jatuhnya pada hari Selasa itu adalah satu keberkatan dan satu kemusykilan.

Berkatnya ia adalah atas dasar Selasa itu adalah digelar-gelar hari 'berbomoh'. Duduk keadaannya semangat dalaman itu di kemuncak. Dan tiadalah jatuh pada dasarnya kehinaan atas amal tubuh. Hingga diizinkan hina pada orang-orang oleh Tuhan. Dan sebaiknya perbekalan pakaian diri itu dinanti usik (mula dibuat) pada hari ini sebagai satu perbekalan khusus.

Adapun kemusykilan itu hanya satu perihal. Duduk perkara akannya sabit umum. Yang tiadalah difahami sesetengah orang. Akan sesetengah sahaja yang faham.

Wallahualam

Tok Bah
1 Muharam 1440



Saturday, September 8, 2018

SATU PERKONGSIAN

Berkenaan Saidina Umar r.a melaksanakan hukuman hudud ke atas anaknya (Abu Syahmah) sehingga mati. Kisah ini telah sekian lama menular dalam masyarakat kita. Hingga dibawa-bawa oleh penceramah-penceramah.

Pada pendapat peribadi Tok Bah. Riwayat-riwayat usulan kisah ini adalah terlalu lemah. Antara beberapa asbab dinyatakan lemah

- Nama perempuan tersebut tidaklah jelas dalam sejarah. Hingga boleh dikatakan tiada dalam lipatan sejarah. Susur galur yang meragukan.

- Jika dikatakan perempuan tersebut dirogol oleh Abu Syahmah. Tidak ada keperluan baginya menyembunyikan kandungannya sehingga lahir. Boleh sahaja diadukan pada Amirul Mukminin sejak dari awal. Kerana itu akan menyebabkan perempuan tersebut mendapat pembelaan awal dan bantuan dari Khalifah.

- Hukuman sebat yang membawa kepada kematian. Umum sedia maklum tertib hukuman ini mempunyai had tertentu. Dan tidaklah melampaui batas. Agak mustahil andai ingin dinyatakan Saidina Umar mengatasi emosi dalam menjalankan pemerintahan.

- Percanggahan riwayat berkenaan Abu Syahmah mabuk kerana meminum arak. Lalu merogol seorang gadis. Sedangkan dalam riwayat berlainan tidak dinyatakan asbab puncanya dari arak.

- Abu Syahmah adalah nama gelaran dan bukannya nama sebenar anak Saidina Umar r.a. Maka, disandarkan pada anak yang manakah gelaran ini? Jika disandarkan pada Ubaidillah. Bukankah Ubaidillah hidup hingga zaman Khalifah Utsman. Dan syahid didalam peperangan Siffin. Apakah Ubaidillah ini hidup kembali setelah mati menerima hukuman di zaman Khalifah Umar? Tidak logik.

- Andai dikaitkan sandaran gelaran ini pada Abdul Rahman. Kisah khamr ini wajib diketepikan. Kerana jauh langit bumi riwayat kisah diatas dengan perjalanan hukuman. Kerana pada Abdul Rahman itu sendiri meminta dirinya dihukum. Bukannya paksaan pengakuan dari Khalifah Umar.

- Hendak disandarkan pada Abu Zubair? Mengaji sendirilah. Malas Tok Bah nak tulis panjang

Bagi Tok Bah. Riwayat ini hanyalah sekadar satu Israilliyyat yang menjadi jarum halus dalam merosakkan imej Islam. Andai ada kesalahan dalam maklumat ini. Maka, itu adalah dari kekurangan Tok Bah. 

Tok Bah
09/08/2018



Friday, September 7, 2018

BATU TOK WALI

Batu Tok Wali Bukit Nuri. Sama umur dengan dan sama tempat dengan Batu Beruk Putih yang pernah Tok Bah up kan tiga tahun lalu. Batu Beruk Putih sahaja dah kehabisan stok.

Tempahan sahabat. Saiz lima puluh sen lama.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Thursday, September 6, 2018

TERAS KELUAT DARAH

TERAS KELUAT DARAH

Teras tua. Keluat pun dah jadi tak berapa nak nampak. Teras Keluat dikatakan sebagai salah satu kaedah menguatkan ketahanan diri. Lebih lagi pada yang jenis lemah semangat.

Tempahan sahabat bersaiz 'tok bomoh'. Katanya makin besar makin sedap pakai😂😂😂

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Tuesday, September 4, 2018

TASBIH GELANG

TASBIH GELANG 13 TERAS

- Teras Nibong Tunggal
- Teras Setar
- Teras Pisang (limited)
- Teras Kemuning Emas
- Teras Beluru
- Teras Kemuning Hitam
- Teras Tebu
- Teras Mempelas
- Teras Pahlawan Merah
- Teras Celagi
- Teras Keluat Hitam
- Teras Raja Kayu Hitam
- Teras Penunduk Hitam

Kepala Teras Delima gabungan Teras Kemuning Hitam.

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








TASBIH PERIBADI

Tengok tasbih, kita ingat untuk berzikir. Adakala hanya dengan sekilas pandang, hati secara automatik mengalunkan istighfar, tasbih, tahmid dan lainnya.

Maka, dimanakah maqam 'kesesatan' dalam halnya ini? Adakah berdosa memandang sesuatu yang mengingatkan kita padaNya? Adakah sesat menggunakan sesuatu yang menjadi asbab ingatan hati pada Sang Pencipta? Adakah bidaah ini melampaui batasan keimanan yang sewajarnya?

Sedangkan yang berbai'ah pada halnya menghukum itu, tiga puluh hijayyah pun tidaklah lengkap bacaannya.

Gambar : Tasbih peribadi. Teras Raja Kayu Hitam