Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Para Waliyullah itu seumpama wanita yang didatangi haid. Tiadalah dizahirkan keramatnya, amalnya, zikirnya bahkan jalannya disembunyikan.
Mereka malu untuk menceritakan kelebihan yang berlaku diatas diri mereka. Pedoman perjalanan mereka tiadalah ditulis atau dikhabarkan secara terangan. Melainkan dikias ia. Sepertinya keramat itu bukanlah milik mereka.
Kebelakangan ini dilihat terlalu ramainya dialam maya ini. Mempertontonkan kononnya kekeramatan diri. Kononnya anugerah 'rijalul ghaib'. Kononnya hasil dari pertapaan. Kononnya hasil dari beramal dengan sekian sekian ilmu. Nukilan yang melangit tinggi. Tiadalah sandaran pedoman. Melainkan diikuti dan dibenarkan oleh mereka yang jahil.
Bahkan nilai 'keramat' mereka dijadikan landasan mencari keuntungan duniawi. Pengisian? Permohonan? Penarikan? Ilmu tidaklah seberapa. Berkhayal sahaja lebih. Yang bodoh begitu teruja diperbodohkan. Amat kesian melihat perilaku sebegini bertebaran sewenangnya.
Tok Bah berpesan pada diri sendiri dan ingatan buat sahabat yang dikasihi. Berhati-hatilah dalam menilai dan melangkah. Berhati-hatilah sebelum menyandarkan kemahuan. Agar tidaklah tergelincir dari landasan. Insyaallah
Tok Bah
11 Zulkaedah 1438
No comments:
Post a Comment