Wednesday, August 30, 2017

PERUTUSAN PERIBADI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PERUTUSAN PERIBADI

Alhamdulillah. Masih diizin olehNya untuk menukilkan sedikit perutusan peribadi untuk sahabat-sahabat yang dikasihi. Adalah ini perutusan kemerdekaan. Yang berkehendak bebas ia selama enam puluh tahun kini. Semoga kekal hendaknya kedepan hari. Hingga tercapai segala ketetapan dan kehendak Ilahi.

Maka, kita umat di Malaysia. Umat Islam khususnya. Merayakan tiga hari raya berturut-turut dalam masa dua hari kedepan. Yakni Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidiladha dan Hari Jumaat yakni penghulu segala hari. Alhamdulillah

Adapun merdeka ini tiadalah mudahnya digapai oleh generasi dahulu. Melainkan keringnya keringat tenaga dan pemikiran. Putus asanya merangkumi langkahan perjalanan, namun tetap jualah bertahan. Hanya kerana tiadalah lagi berkehendak usikan hati melihat anak cucu dijajah.

Dari rakyat bawahan hingga ke atasan. Dari golongan petani hingga ke pemerintah. Kita semua bersatu hati. Menggapai kata sepakat. Menolak penjajah. Mengusir dengan seluruh kudrat kebijaksanaan.

Maka ini perihal, janganlah kita rosakkan. Bahawa segala keberadaan ini janganlah dimusnahkan. Hapuskan segala sentimen perkauman. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan bahkan Orang Asal. Bersama kita menjaga keharmonian ini.

Khususnya buat umat Islam di tanah bertuah ini. Ingatlah wahai saudara-saudara sekalian. Bahawa pertolongan Allah swt tidak akan datang pada orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri.

Malam ini kita akan meraikan detik ambang kemerdekaan. Batasilah pergaulan sebaiknya. Jangan sesekali kita membiarkan luka generasi terdahulu berdarah kembali. Luka yang bukanlah dari tebakan peluru musuh, tapi luka dari tusukan runtuhan moral yang lusuh.

Tok Bah menyeru sahabat sekalian. Bersama-sama kita hayati sebaiknya pengertian kemerdekaan dikali ini. Insyaallah

Dedikasi Khas buat:-

-Ayahanda tercinta. Sarjan (B) Ariffin Ibrahim

-Seluruh anggota pasukan keselamatan yang telah berjuang mempertahankan tanah air ini

-Pimpinan tertinggi yang bijaksana

-Seluruh sahabat Tok Bah dan seluruh rakyat Malaysia

Tok Bah
08 Zulhijjah 1438


No comments:

Post a Comment