Wednesday, August 30, 2017

PERUTUSAN PERIBADI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PERUTUSAN PERIBADI

Alhamdulillah. Masih diizin olehNya untuk menukilkan sedikit perutusan peribadi untuk sahabat-sahabat yang dikasihi. Adalah ini perutusan kemerdekaan. Yang berkehendak bebas ia selama enam puluh tahun kini. Semoga kekal hendaknya kedepan hari. Hingga tercapai segala ketetapan dan kehendak Ilahi.

Maka, kita umat di Malaysia. Umat Islam khususnya. Merayakan tiga hari raya berturut-turut dalam masa dua hari kedepan. Yakni Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidiladha dan Hari Jumaat yakni penghulu segala hari. Alhamdulillah

Adapun merdeka ini tiadalah mudahnya digapai oleh generasi dahulu. Melainkan keringnya keringat tenaga dan pemikiran. Putus asanya merangkumi langkahan perjalanan, namun tetap jualah bertahan. Hanya kerana tiadalah lagi berkehendak usikan hati melihat anak cucu dijajah.

Dari rakyat bawahan hingga ke atasan. Dari golongan petani hingga ke pemerintah. Kita semua bersatu hati. Menggapai kata sepakat. Menolak penjajah. Mengusir dengan seluruh kudrat kebijaksanaan.

Maka ini perihal, janganlah kita rosakkan. Bahawa segala keberadaan ini janganlah dimusnahkan. Hapuskan segala sentimen perkauman. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan bahkan Orang Asal. Bersama kita menjaga keharmonian ini.

Khususnya buat umat Islam di tanah bertuah ini. Ingatlah wahai saudara-saudara sekalian. Bahawa pertolongan Allah swt tidak akan datang pada orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri.

Malam ini kita akan meraikan detik ambang kemerdekaan. Batasilah pergaulan sebaiknya. Jangan sesekali kita membiarkan luka generasi terdahulu berdarah kembali. Luka yang bukanlah dari tebakan peluru musuh, tapi luka dari tusukan runtuhan moral yang lusuh.

Tok Bah menyeru sahabat sekalian. Bersama-sama kita hayati sebaiknya pengertian kemerdekaan dikali ini. Insyaallah

Dedikasi Khas buat:-

-Ayahanda tercinta. Sarjan (B) Ariffin Ibrahim

-Seluruh anggota pasukan keselamatan yang telah berjuang mempertahankan tanah air ini

-Pimpinan tertinggi yang bijaksana

-Seluruh sahabat Tok Bah dan seluruh rakyat Malaysia

Tok Bah
08 Zulhijjah 1438


Monday, August 28, 2017

KATA HIKMAH

Di akhir hayat, kita hanya miliki apa yang telah kita berikan.


Friday, August 25, 2017

SAHABAT SELLER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buat sahabat yang dikasihi sekalian. Tok Bah berbesar hati menjemput sahabat-sahabat yang berminat dengan item yang diklasifikasikan sebagai 'vintage' dan trending. Menambah rakan kan sahabat seller ini sebagai salah seorang sahabat kalian.

Tok Bah hendak tolong promote item beliau. Tok Bah tak pandai bab vintage dan trending ni. Baju, beg, topi dan lain-lain.

Tok Bah memberi jaminan sepenuh kepercayaan akan kewibawaan beliau sebagai seller. Original dan terbaik dari ladang. Insyaallah

Suatu peringatan buat sahabat Tok Bah. Janganlah bertanya soalan bukan-bukan pula kelak. Contohnya :-

"Tuan, topi Supreme original ni berkhadam tak? Boleh buat pengisian?"

Jika kedapatan, Tok Bah bagi jurus starlight jarak jauh nantiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dijemput sahabat yang berminat untuk menambahkan beliau sebagai rakan. Insyaallah

Link : https://www.facebook.com/kami.mika1


Tuesday, August 22, 2017

PESAN GURU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PESAN GURU

"Tiadalah yang selalu hadir itu mendapat apa kemahuan. Dan tiadalah yang selalu tiada kelihatan itu tiadalah mendapat kemahuan. Melainkan ikhlas jalannya. Maka, fahamlah ia perjalanan ilmunya."

Adapun selalunya itu dahaga ia, sekehendak tamaknya cita-cita. Serasi akannya segala butir bicara sang guru. Sekadar memuaskan kehendak nafsu. Sebegini akannya takutlah ia akan bayangan sendiri.

Pun bagi yang memahami. Sedikit ia mencukupi. Teguh ia pendirian diri. Bahkan tiadalah diugah resah yang mementingkan diri.

Tok Bah
29 Zulkaedah 1438

Sunday, August 20, 2017

PEMBISA BERBINTIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

GABUNGAN PEMBISA BERBINTIK

Diantara pembisa2 yang disatukan :-

-Bujang Galak Pinang Puteri
-Ibo Tunggal Dipanah Lintar
-Nibong Tunggal Dipanah Lintar
-Sulur Bertam Tikam Batu
-Pinang Akar

Kesemua pembisa ini boleh dikatakan sukar diperolehi. Lebih lagi Pinang Akar. Pohon Pinang yang tumbuhnya melilit di pohon lain, tidak seperti pinang biasa. Teramat jarang ditemui.

Pembisa alami sebegini tiadalah dibuat gurauan. Melainkan harus cermatlah dalam pemakaiannya. Pedoman mengatakan, tiadalah kebal orang yang kebal apabila terkenanya.

Apapun pemahaman dalam perihal ini, hendaklah dikembalikan padaNya segala izin kejadian. Tiadalah dicipta sesuatu itu sia2.

Tok Bah membuka ruang tempahan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







SAHABAT BAHARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Minggu ini kelihatan agak ramai sahabat yang baru pertama kali hendak berurusan menghampiri Tok Bah. Seperti biasa, Tok Bah ingin mengulangi perkara sama.

Pertama. Tempahan hanya dibuat selepas pembayaran. Maka, selagi belum membayar mahar. Tidak usah sembang lebih. Tok Bah tak layan.

Kedua. Perihal sesuatu item. Setiap item telah tertulis huraiannya. Maka, usah bertanya soalan yang sama. Yang hanya merugikan masa Tok Bah untuk melayan. Rajin-rajinkanlah membaca.

Ketiga. Tok Bah menetapkan tujuh hari bagi setiap tempahan. Jika siap awal, akan dimaklumkan. Lewat juga akan dimaklumkan. Tidak usah risau. Tok Bah seorang yang menepati janji. Insyaallah

Keempat. Spesis yang Tok Bah tak berapa suka. Jenis letak deposit. Kemudian cancel ambil barang. Deposit kalian dikira hangus. Tok Bah anggap sebagai gantirugi melayan kebodohan tersebut.

Semoga sahabat memahami dan mengerti. Sekian.

Tok Bah
 27 Zulkaedah 1438

Saturday, August 19, 2017

TERAS LARAK SALAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS LARAK SALAH

Teras Larak Salah merupakan suatu item yang menjadi buruan. Baik bagi yang ingin mengambil fadhilatnya, mahupun dikeranakan keunikannya.

Maka adalah seizin dari kehendakNya. Khasiat ampuhnya yang menjadi asbab ikhtiar pemakaian diri. Bahawa ia melembutkan hati manusia, pematah dan pembalik sihir (atas batang tubuh yang berniat), serta padanya ikhtiar pelimun diri dan selisih marabahaya. Serta pelbagai hikmah dan hikmat mengikut halnya pengajian masing2.

Demikian pulalah halnya keajaiban ciptaan Ilahi. Teras Larak Salah, kerana umum ketahui akannya adalah pohon yang tidak berteras dan lembut. Beruntunglah sesiapa yang memilikinya dek kerana kesukaran untuk menemuinya. Apatah lagi memilikinya.

Tok Bah menjemput sahabat2 yang berminat untuk memaharkannya. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Wednesday, August 16, 2017

ULANGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama rasanya Tok Bah tidak aktif secara langsung di alam maya. Kebelakangan ini, serangan tempahan memeningkan kepala Tok Bah. Terlalu banyak.

Di kesempatan yang ada ini. Tok Bah up gambar dari post lama. Untuk tatapan sahabat yang mungkin 'ketinggalan' dengan prinsip Tok Bah.

Permohonan, penarikan, pengisian, kebal bebal dan yang sama waktu dengannya. Bukanlah mainan Tok Bah. Sekian banyak alamiah anugerah Ilahi diturunkan. Sekian banyak pedoman leluhur silam tinggalkan. Khayalan juga yang dicari orang.

Banyak post Tok Bah berkenaan muslihat kebal. Video celup asid pun ada. Scroll baliklah kalau mahu lihat. Item kebal apa benda? Setakat test pakai jarum dan safety knife. Tak payahlah. Buang masa. Ambil katip kuku ketip tetek tengok. Kebal ke bebal jadinya.

Video tentang penarikan dan permohonan pun pernah Tok Bah upkan. Kesian pada bunian. Hari-hari kena campak batu untuk dijual oleh 'tuan guru' di facebook.

Terus terang dan sentiasa diulang dalam banyak post sebelum ini. Jika item2 sebegini yang kalian cari. Tak usah datang dekat Tok Bah lah. Tok Bah tidak minat nak melayan. Orang sebegini tidaklah lebih, melainkan hanya tampak bodoh di mata Tok Bah. Harap maklum.

Tok Bah
23 Zulkaedah 1438


Monday, August 14, 2017

KURSANI KUNING (MILIKAN PERIBADI)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BATU KURSANI KUNING
(MILIKAN PERIBADI)

Adalah ini milikan peribadi Tok Bah. Amatlah berbesar hati kiranya pada kali ini untuk dimaharkan bagi sahabat ya g berminat. Insyaallah

Umum telah mengetahui perihal2 kursani. Baik ianya kursani emas, kuning, biru, hitam mahupun bercula warna. Masing2 mengikut halnya pengajian masing2. Hari ini Tok Bah mahu membicarakan perihal Batu Kursani Kuning. Semoga bermanfaat untuk semua. Insyaallah

Telah diturunkan dari generasi terdahulu, akannya perihal Kursani. Yang membawalah padanya khasiat seizin dariNya. Sebagai atasnya pemagar diri, penunduk, pembias sihir, pematah ilmu musuh, pematah niat jahat manusia dan akannya selisih marabahaya.

Batu Kursani Kuning memiliki darjatnya yang tersendiri dalam kalangan keluarga kursani. Leluhur lama menurunkan, kursani kuning membawalah akannya resam mengangkat kemuliaan dan darjat.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











Saturday, August 12, 2017

SAHABAT JAUH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lepak kedai kopi. Cerita pasal alamiah anugerah Ilahi. Sahabat lama dari seberang laut datang ziarah mengejut. Cakap Melayu pun tunggang terbalik. Mat saleh punya orang.

Thank you to Mr Pavel, still remember Tok Bah as your friend. Tok Bah not clever-clever to speak English. So, Tok Bah just use broken language only. Hahaha..

Sedikit kemaafan buat sahabat tersebut. Kerana tidak membawanya ke tempat yang lebih selesa. Tok Bah ni orang kampung sahaja. Jadi lepak pun cara kampung. Nak ajak ke tempat hipster. Tok Bah pula tak reti nak order. Jadi, minum sahajalah teh o bergula tanpa krimer tu sambil sedut rokok saat. Kat Australia mana ada rokok saat kanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


Thursday, August 10, 2017

MINYAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MINYAK

Adalah ini minyak Kelapa Buta. Disatukan bersamanya Bunga Serai Makan, Buluh Perindu dan Rotan Songsang.

Bahawa ini perihal, bahawa sebagai ia beberapa asbab pakaian diri. Yakni sebagai pengasih, perindu, pelaris, pelimun, penyongsang, pendinding dan sebesar turunan menyatakan ia sebagai satu sarana kerezekian.

Pun akan ramuannya ini titipan dari leluhur zaman. Yang menyatakan akan sekehendak ia pakaian. Tiadalah tidak dipatuhi akan katanya, melainkan diikut kehendaknya. Maka, demikian itu pedoman.

Adapun ini alamiah, diturunkan dari generasi tua. Akan hikmah dan hikmatnya.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Wednesday, August 9, 2017

TEMPURUNG KELAPA BUTA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPURUNG KELAPA BUTA PASAK BESI KUNING

Adapun telah dipedomankan akannya bahawa tempurung kelapa buta ini amatlah tinggi nilai kelebihannya. Yang padanya diambil iktibar dari generasi terdahulu.

Bahawa adalah menjadi keutamaan padanya yang mengerti. Akannya tiadalah dapat pencuri atau perompak dapat menembusi mana2 rumah atau kedai yang tertanggung akannya kelapa buta. Dinafikan akannya pandangan mata terhadap niat yang tiadalah elok pada hati. Serta padanya pembabas kecelakaan dan memudahkan akannya penanggung keluar dari kesulitan.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Monday, August 7, 2017

TERAS PAHLAWAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS PAHLAWAN KUNING
TERAS PAHLAWAN MERAH
TERAS PAHLAWAN HITAM

Telah mahsyur ia akan Teras Pahlawan. Adalah ianya tiga warna. Pahlawan Kuning, Merah dan Hitam. Pahlawan Kuning mudahlah ia dijumpai. Namun, tiadalah pula semudah disangka jua.

Manakala Pahlawan Merah lebih sukar untuk didapati. Dan Pahlawan Hitam paling sukar ditemui. Teras Pahlawan Hitam adalah Raja bagi kategori Teras Pahlawan.

Pahlawan Hitam adalah tumbuhan tunggal. Yang tidak berpuak seperti Pahlawan Kuning dan Merah. Tiadalah berbuah pohon yang berbuah seandai pohon tersebut tumbuh di sekitarnya. Maka di sinilah pedoman diambil. Tentang sifat keangkuhan dan kekuatannya di alam semulajadi.

Teras Pahlawan Merah dan Teras Pahlawan Hitam dikatakan Pakaian Diri yg utama bagi pendekar dahulu. Membawa akannya resam penggerun dan pembisa. Mengeras akannya semangat yang lemah. Tangkas dan cepat akan gerak penanggungnya.

Atasnya juga sebagai pendinding diri. Juga ketahanan urat dan pembabas akannya mara bahaya yang mendatang.

Atas, dari kiri : Teras Pahlawan Kuning, Merah dan Hitam.
Bawah, dari kiri : Gabungan Teras Pahlawan Merah & Hitam dan gabungan ketiga-tiga Teras Pahlawan.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Friday, August 4, 2017

DI JALANNYA (10)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pohon yang berbuah lebat itu indah dipandang. Menyebabkan hati tuan empunya keriangan. Asbab kemanisan bagi yang mengecapi buahnya. Harum. Ranum. Keinginan manusia kebanyakan.

Namun, kita lupa pada akarnya. Akarlah yang menjadi umbi kekuatan untuk si pohon terus membesar dan membesar. Akarlah yang mengalirkan segala keinginan tumbesaran.

Namun, akar itu tidaklah kelihatan. Tersembunyi disebalik timbunan tanah. Tertutup. Tertudung. Terlindung.

Demikianlah sifat manusia yang membawa kebaikan pada manusia lainnya. Mereka tiadalah zahir di pandangan mata manusia lainnya. Bahkan adakala mereka dicaci dan dimaki. Diinjak seperti akar yang dipijak saat kemanisan buah yang gugur dikutip-kutip.

Pun demikian, tanpa disedari. Mereka inilah tunjang kekuatan ummah. Tetap utuh memberikan dan menyampaikan kebaikan. Hati mereka penuh kesabaran dan kasih sayang.

Tok Bah
-------------


DI JALANNYA (9)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Para Waliyullah itu seumpama wanita yang didatangi haid. Tiadalah dizahirkan keramatnya, amalnya, zikirnya bahkan jalannya disembunyikan.

Mereka malu untuk menceritakan kelebihan yang berlaku diatas diri mereka. Pedoman perjalanan mereka tiadalah ditulis atau dikhabarkan secara terangan. Melainkan dikias ia. Sepertinya keramat itu bukanlah milik mereka.

Kebelakangan ini dilihat terlalu ramainya dialam maya ini. Mempertontonkan kononnya kekeramatan diri. Kononnya anugerah 'rijalul ghaib'. Kononnya hasil dari pertapaan. Kononnya hasil dari beramal dengan sekian sekian ilmu. Nukilan yang melangit tinggi. Tiadalah sandaran pedoman. Melainkan diikuti dan dibenarkan oleh mereka yang jahil.

Bahkan nilai 'keramat' mereka dijadikan landasan mencari keuntungan duniawi. Pengisian? Permohonan? Penarikan? Ilmu tidaklah seberapa. Berkhayal sahaja lebih. Yang bodoh begitu teruja diperbodohkan. Amat kesian melihat perilaku sebegini bertebaran sewenangnya.

Tok Bah berpesan pada diri sendiri dan ingatan buat sahabat yang dikasihi. Berhati-hatilah dalam menilai dan melangkah. Berhati-hatilah sebelum menyandarkan kemahuan. Agar tidaklah tergelincir dari landasan. Insyaallah

Tok Bah
11 Zulkaedah 1438

Wednesday, August 2, 2017

SATU PENCERAHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SATU PENCERAHAN

Ada diantara sahabat-sahabat alam maya Tok Bah yang suka untuk mewakilkan Tok Bah. Bagi membantu dana asnaf dan derma kepada institusi2 berkaitan. Dana tersebut diagihkan secara rawak. Bergantung kepada keperluan semasa asnaf ataupun sesuatu institusi.

Bagi yang ingin membantu secara dana kepada pihak2 seperti Aman Palestine, Syria Care dan lain2. Direct sahaja ke akaun mereka. Boleh rujuk di page fb yang berkaitan. Tidak perlu melalui Tok Bah.

Satu perkara penting, maklumkan awal-awal jika kalian memerlukan resit. Jangan menyusahkan Tok Bah untuk buat kerja banyak kali. Derma telah dilakukan baharu meminta resit. Tok Bah tidak pernah meminta salinan resit bagi saluran dana untuk institusi seperti rumah anak yatim dan lain-lain.

Saluran derma didiamkan. Yakni nama kalian tidak pernah ditulis atau dinyatakan. Bahkan Tok Bah selaku yang diwakilkan juga tiadalah dinyatakan nama Tok Bah. Kerana kepentingan ummah itu melebihi peranan nama yang dicatitkan.

Semoga sahabat-sahabat yang sentiasa menghulurkan bantuan. Memahami dan menghormati pegangan dan prinsip Tok Bah. Semoga bantuan yang kalian sumbangkan menjadi suatu kebaikan untuk ummat ini dan generasi seterusnya dari lapisan ini. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Tuesday, August 1, 2017

TEMPAHAN BERBAKI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN BERBAKI

Sebahagian tempahan yang masih berbaki. Sahabat-sahabat yang baru buat tempahan. Diharap sabar menunggu. Tempoh masa masih seperti biasa. Tujuh hari masa ditetapkan.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com