Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
TIKA BAHLOL BERBICARA
Wahai anakku, jangan biarkan jasadmu dikuburkan dengan sempurna. Tanpa adanya sebarang luka dari perjuangan hidupmu. Telah aku mengguriskan jasadku dengan luka yang penuh pengertian.
Wahai anakku, jangan biarkan jasadmu dimanjakan selama hayat ini. Tanpa adanya lukisan perjuangan yang menjadi parut penceritaan. Telah aku mengukir jasadku dengan parut yang penuh pengajaran.
Wahai anakku, jangan biarkan jasadmu bersenang lenang menghayati kehidupan. Tanpa adanya sebarang kesakitan. Telah aku memahat jasadku dengan kesakitan yang memberiku ilham.
Wahai anakku, jangan biarkan jasadmu dikapan dengan haruman pujian manusia. Tanpa engkau mengerti bahawa pujian itu merosakkanmu. Telah aku menghancurkan diriku dengan pujian yang penuh muslihat.
Wahai anakku, biarkanlah jasadmu melalui perjalanannya yang telah ditetapkan. Awasilah ia dengan akalmu. Mengawal ia akan nafsumu. Kelak engkau akan mengerti. Bahawa telah aku tersenyum mengenang kembali peninggalan kegagalan hidupku. Semoga ini menjadi suatu saksi. Disaat kembalinya jasad ke hadrat Ilahi.
Tok Bah
Ilham Dikala Sunyi
No comments:
Post a Comment