Thursday, July 27, 2017

SAHABAT BAHARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SAHABAT BAHARU

Titipan ini khas buat sahabat-sahabat yang baru hendak berjinak demgan Tok Bah. Dan perkara yang akan diketengahkan ini merupakan suatu ulangan terhadap post terdahulu.

Pertama. Item-item Tok Bah bukanlah readystock. Hari ini bank in, esok terus pos. Setiap tempahan baharu akan dimasukkan didalam list. Senarai menunggu giliran. Tidak kiralah tempahan tersebut banyak atau sedikit. Semuanya perlu mengikut giliran. Tiada istilah potong barisan. Siap awal akan dimaklumkan. Jika terlewat juga akan dimaklumkan. Yang terlewat biasanya akan menerima lebih saguhati dari yang siap tepat pada masanya.

Kedua. Tempahan hanya dilakukan selepas pembayaran. Tiada istilah 'boleh canai dulu? Nak tengok jadi macam mana permatanya nanti'. Spesis ini memang tidak akan dilayan terus. Bank in, item proceed. Selesai.

Ketiga. Seringkali Tok Bah dipertanyakan tentang item yang ditempah. Sama ada akan sampaikah tempahan mereka? Tok Bah bukanlah scammer. Setakat ini tidak pernah item yang ditempah tidak sampai kepada pemilik. Maka, sahabat baru janganlah meletakkan kerisauan dihati kalian. Tok Bah manusia yang memenuhi janji. Insyaallah

Akhir. Jika kalian pernah terkena penangan negatif dari seller lain. Itu bukan urusan Tok Bah. Tok Bah tidak berminat mencampuri urusan orang lain. Tok Bah hanya mengambil urusan Tok Bah sahaja.

Tiadalah istilah Tok Bah ni 'anak didik' pada seller tu, seller ni (seperti kejadian sebelum ini). Jika ada seller yang menyatakan Tok Bah ni 'anak murid/anak buah' mereka. Percayalah. Seller tersebut hanyalah seketul sampah. Harap maklum.

Tok Bah
3 Zulkaedah 1438

No comments:

Post a Comment