Friday, July 28, 2017

TIKA BAHLOL BERBICARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TIKA BAHLOL BERBICARA

Wahai anakku, jangan biarkan jasadmu dikuburkan dengan sempurna. Tanpa adanya sebarang luka dari perjuangan hidupmu. Telah aku mengguriskan jasadku dengan luka yang penuh pengertian.

Wahai anakku, jangan biarkan jasadmu dimanjakan selama hayat ini. Tanpa adanya lukisan perjuangan yang menjadi parut penceritaan. Telah aku mengukir jasadku dengan parut yang penuh pengajaran.

Wahai anakku, jangan biarkan jasadmu bersenang lenang menghayati kehidupan. Tanpa adanya sebarang kesakitan. Telah aku memahat jasadku dengan kesakitan yang memberiku ilham.

Wahai anakku, jangan biarkan jasadmu dikapan dengan haruman pujian manusia. Tanpa engkau mengerti bahawa pujian itu merosakkanmu. Telah aku menghancurkan diriku dengan pujian yang penuh muslihat.

Wahai anakku, biarkanlah jasadmu melalui perjalanannya yang telah ditetapkan. Awasilah ia dengan akalmu. Mengawal ia akan nafsumu. Kelak engkau akan mengerti. Bahawa telah aku tersenyum mengenang kembali peninggalan kegagalan hidupku. Semoga ini menjadi suatu saksi. Disaat kembalinya jasad ke hadrat Ilahi.

Tok Bah
Ilham Dikala Sunyi


Thursday, July 27, 2017

SAHABAT BAHARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SAHABAT BAHARU

Titipan ini khas buat sahabat-sahabat yang baru hendak berjinak demgan Tok Bah. Dan perkara yang akan diketengahkan ini merupakan suatu ulangan terhadap post terdahulu.

Pertama. Item-item Tok Bah bukanlah readystock. Hari ini bank in, esok terus pos. Setiap tempahan baharu akan dimasukkan didalam list. Senarai menunggu giliran. Tidak kiralah tempahan tersebut banyak atau sedikit. Semuanya perlu mengikut giliran. Tiada istilah potong barisan. Siap awal akan dimaklumkan. Jika terlewat juga akan dimaklumkan. Yang terlewat biasanya akan menerima lebih saguhati dari yang siap tepat pada masanya.

Kedua. Tempahan hanya dilakukan selepas pembayaran. Tiada istilah 'boleh canai dulu? Nak tengok jadi macam mana permatanya nanti'. Spesis ini memang tidak akan dilayan terus. Bank in, item proceed. Selesai.

Ketiga. Seringkali Tok Bah dipertanyakan tentang item yang ditempah. Sama ada akan sampaikah tempahan mereka? Tok Bah bukanlah scammer. Setakat ini tidak pernah item yang ditempah tidak sampai kepada pemilik. Maka, sahabat baru janganlah meletakkan kerisauan dihati kalian. Tok Bah manusia yang memenuhi janji. Insyaallah

Akhir. Jika kalian pernah terkena penangan negatif dari seller lain. Itu bukan urusan Tok Bah. Tok Bah tidak berminat mencampuri urusan orang lain. Tok Bah hanya mengambil urusan Tok Bah sahaja.

Tiadalah istilah Tok Bah ni 'anak didik' pada seller tu, seller ni (seperti kejadian sebelum ini). Jika ada seller yang menyatakan Tok Bah ni 'anak murid/anak buah' mereka. Percayalah. Seller tersebut hanyalah seketul sampah. Harap maklum.

Tok Bah
3 Zulkaedah 1438

Wednesday, July 26, 2017

CINDAI SONGSANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

CINDAI SONGSANG

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Wednesday, July 19, 2017

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN SAHABAT

Tempahan sahabat dari Temasek dan Kuala Lumpur. Akan diposkan esok. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











Sunday, July 16, 2017

PERMATA TERAS GABUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PERMATA GABUNG

Gabungan teras-teras pilihan. Antaranya :-

1. Teras Nibong Dipanah Lintar

2. Teras Ibo Dipanah Lintar

3. Sulur Bertam Tikam Batu

4. Bujang Galak Pinang Puteri

5. Teras Gemunggal Merah

6. Pinang Dipanah Lintar

7. Teras Penunduk Hitam

8. Teras Pahlawan Kuning

9. Teras Delima

10. Teras Penunduk Putih

11. Dipasak Debu Besi Meriam Pecah, Barrel Senapang Pecah, Besi Kawah Pecah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







TERAS BELURU / TERAS SINTOK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS BELURU / SINTOK

Maka diturunkan dari generasi ke generasi akannya khasiat Teras Beluru. Baik sebagai medium perubatan mahupun sebagai pakaian diri.

Diantara khasiat yang seringkali diperkatakan, yang dilalui oleh orang2 terdahulu. Diasbabkan akannya sebagai pemulih semangat dan mengeraskan ketahanan kulit. Akannya dibuat rendaman air mandian, dan dicampur akannya limau nipis. Diamalkan mandian dalam bilangan ganjil.

Pun lainnya sebagai asbab pemagar diri dari gangguan makhluk halus dan niat jahat seteru madu. Serta padanya menjadi asbab besar perawatan penyakit kulit. Demikian itu pedoman tinggalan leluhur dahulu.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com



Friday, July 14, 2017

FOSIL TERAS LARAK SALAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TERAS LARAK SALAH JADI BATU

Makanya telah diketahui umum mengenai larak salah. Pelbagai cabang ilmu dan pendapat diketengahkan. Adapun demikian hak bawaan perjalanan masing-masing.

Mengikut perihalnya pengajian Tok Bah, teras larak salah jadi batu berupaya memansuhkan sihir yang dituju dan membatalkan niat yang tidak molek oleh seteru madu. Serta padanya sebagai pelimun dalam keadaan yang terdesak atau darurat. Dan padanya pelembut hati manusia. Dan padanya pendinding diri dari gangguan makhluk halus. Dan padanya pemanis wajah. Serta diizinkan atasnya seberapa kehendak olehNya.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com



Wednesday, July 12, 2017

BATU PETIR BUKIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BATU PETIR BUKIT

Batu Petir Bukit merupakan salah satu item yang amat sukar untuk ditemui. Bahkan ramai di antara yang memaharkannya, tiadalah pernah mereka menunjukkan raw/tongkol aslinya. Timbulnya persoalan dari konflik ini. Namun, abaikan. Kerana ini milikan betul benar asli milik Tok Bah.

Tidaklah diragui, Batu Petir Bukit mempunyai khasiat yang tersendiri. Di antaranya sebagai suatu sebab musabab peningkatan darjat diri. Pengunci gerak musuh dan dijadikan sebagai 'pasak bumi' terhadap orang yang berniat jahat.

Adapun leluhur terdahulu menurunkan. Bahwa Batu Petir mujarab ia pada perjalanan. Akannya khasiat ke atas manusia. Padanya beberapa sukuan ilmu. Yang berlapik atas beberapa cabang.

Bahwa ia Batu Petir, membisa akannya penanggung. Membisa segala amal yg dibawa. Mahupun membisa akan gerak langkah.  Dan membawalah akannya ia resam penunduk dan penggerun. Hingga jika ditanggung atas orang yg disihir. Tawarlah ia sihir. Ditanggung atasnya orang kerasukan. Sembuhlah ia akan kerasukan. Maka ini pedoman dari perjalanan leluhur terdahulu. Yang telah mengecapi dan meraih perjalanannya.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








BATU HARUM MALAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BATU HARUM MALAM

Batu Harum Malam tidaklah beerti ianya berbau harum di waktu malam. Mengikut halnya leluhur zaman. Batu ini hanya wujud di sekitar pada jarak dikira-kira jarak dari pohon Ratu Pari.

Pedoman diturunkan. Bahwa asbab padanya sebagai pengasih besar bagi diri manusia. Pengasih wajah dan diri. Pengasih pada yg melihat. Penyeri pada yg memandang. Pemikat pada yg berhajat. Juga ianya pelaris. Pelaris diri maupun perniagaan. Pelaris bagi mereka yg ingin mendapatkan jodoh.

Padanya juga pemudah bual bicara sewaktu berurusan. Pemanis kata-kata. Penarik bual bicara. Penyenang hati di kalangan rakan.

Adalah ini satu asbab. Usaha dan ikhtiar. Maka segala khasiatnya itu hendaklah dikembalikan padaNya.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Tuesday, July 11, 2017

TOK BAH BERBESAR HATI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang add Tok Bah jenis seller2 alam ghaib, penarikan, permohonan, pengisian dan sama waktu dengannya. Tok Bah berbesar hati ingin menyatakan. Tok Bah direct block. Ilmu tak seberapa. Membongak sahaja lebih.

Begitu juga yang bukan seller. Nak cari item melangit tinggi. Tidak usah rapat dengan Tok Bah. Malas Tok Bah nak melayan. Golongan ini seperti biasa Tok Bah nyatakan. Golongan budak-budak belum keluar mani. Scan scin scun pun sama. Bajet-bajet diri tu keramat. Walhal semua kelaut.

Maka ini pendirian Tok Bah. Jika rasa tidak berkenan dengan cara Tok Bah. Sila main jauh-jauh. Tok Bah pun tiadalah hadap sangat nak berurusan dengan manusia yang hidup dalam khayalan ni. Harap maklum.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


Monday, July 10, 2017

UPIH PUTIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

UPIH PUTIH

Makanya ini hikayat. Bahwa ramainya yang tahu wujudnya. Namun, kurangnya pula yg tahu akan  gunanya. Dan ini adalah perkongsian. Maka ini pecahan ilmu.

Upih Putih atau Kelapa Bermata Satu merupakan suatu sarana Pakaian Diri leluhur zaman. Yang menjadilah jua ia satu kebiasaan atas perjalanan. Dengan renungan bijak pandai terdahulu.

Bahwa Upih Putih ini. Tiadalah ditanggung ia oleh sang penanggung. Melainkan dibuka jalan dan dipermudahkan urusan kerja buatnya. Diringankan beban padanya. Tiadalah kesulitan itu menghalang terlalu lamanya.

Dan kelimunan pada diri ia. Terjauh niat musuh pada sebermula niat. Hingga luluh tiadalah dalam catutan. Demikian padanya orang yang mahukan kedamaian, maka dipermudahkan hala damainya.

Atasnya segala alamiah ini, maka yg utamanya. Iaitu teramat baiknya dibawa dalam perjalanan. Difahami kecapan rasanya melalui bawaan diri.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com










Sunday, July 9, 2017

GANGGUAN

Assalamualaikum.

Gay mana whatsapp Tok Bah ni. Ganggu kerja sahaja. Pakai kopiah pun gay. Minta gambar selfie bagai. Nak buat apa? Nak scan? Tak payah mainlah benda-benda budak baru nak up. Nampak bodohnya. Aduh. Terbalik kepala Tok Bah memikirkannya.

Tok Bah ni hanya menjual permata teras sahaja. Tak jual body. Hahaha..oooo jeng parok..

Sebarang urusan dan rujukan pameran (yang berkaitan sahaja) :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Thursday, July 6, 2017

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN SAHABAT

Sebahagian tempahan sahabat. Akan diposkan Ahad ini bersama item sahabat lain. Insyaallah

Dari kiri atas :-

-Fosil Nibong Putih
-Fosil Teras Tebu
-Marjan Putih
-Batu Lintar Putih
-Teras Sudu
-Teras Beko
-Permata Tempurung Kelapa Buta
-Fosil Mawas
-Teras Gabung Pasak Besi Meriam Pecah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




Wednesday, July 5, 2017

MAKLUMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MAKLUMAN

Pada sahabat-sahabat yang tidak dapat mencari Tok Bah dialam maya ini. Yang kena block semestinya. Boleh whatsapp Tok Bah untuk di'unblock'kan. Jika whatsapp kalian juga turut diblock. Mintalah mana2 sahabat yang lain untuk menjadi wakil bagi memberitakan pada Tok Bah. Bagi urusan unblock.

Tok Bah tidak pernah dan tidak akan berganjak dari polisi yang telah ditetapkan sejak sekian lama. Harap maklum. Dan Tok Bah tidak ragu-ragu untuk block kembali sahabat-sahabat yang telah diunblock. Andainya masih pada perangai dan takuk yang lama.

Apapun, diblock tidak bermakna dipermusuhkan. Hanya sekadar tidak mahu merugikan masa melayan karenah yang tidak berfaedah. Banyak tanya pada perihal yang telah tertulis di setiap post yang dilakukan umpamanya. Serta lain-lain kategori yang tidaklah perlu dinukilkan disini. Cukup pada kadar pengamatan Tok Bah.

Semoga makluman ini membuka sedikit pemahaman bagi yang baru ingin berurusan dengan Tok Bah. Polisi Tok Bah boleh dirujuk pada link di bawah ini.

POLISI TOK BAH :-

http://daricetusanmindaku.blogspot.my/2017/03/polisi-tok-bah.html?m=1

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Whatsapp : 0182549012

Sunday, July 2, 2017

SEKADAR BATU BIASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekadar batu biasa. Tidak dimaharkan.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com