Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Rasulullah saw diberikan kemuliaan teragung sepanjang zaman. Yang tiadalah diperolehi oleh siapapun. Muhammad saw, manusia yang menyebabkan 'Tuhan' berselawat keatasnya. Allah swt serta para malaikat, memuji mengalunkan selawat. Demi kebesaran kekasih ummat ini. Maka kita sebagai hambaNya dan umatnya, hendaklah senantiasa membasahi lidah dengan keagungan ini.
Adalah hikayat manusia dizaman ini, sudah tiadalah banyaknya orang yang memuji memuja, berselawat serta menzahirkan kesyukuran atas kurniaan Ilahi untuk ummat manusia. Yakni berselawat ia atas Rasulullah saw.
Tinggal lagi hanya mereka yang mengerti, yang tahu dan yang memahami membasahi lidah dan hatinya dengan berselawat. Tenggelamnya manusia kebanyakannya dalam meraih 'zikir hakikat', 'zikir tarikat', 'zikir makrifat' serta keberadaan zikir lainnya. Yang kononnya mempunyai maqam teristimewa. Walhasil hanyalah selawat itu tiadalah halangan penerimaan amalnya disisi Tuhan.
Merugilah manusia yang beramal untuk meraih kelebihan demi tatapan makhluk. Merugilah manusia yang menuntut kerana hendak memperdebatkan bicara ilmu. Teramat rugi.
Setiap hari bahkan setiap masa, kita ingin meraih suatu hal yang baharu dalam penerapan zaman. Namun demikian, dalam hal iman. Berpijaklah kita betul benar diatas landasan ilmu. Jangan hanya terawangan dengan dongengan. Zuq ketuhanan yang kelaut. Mengarut dan taksub membabi buta. Khawatir kelak membinasakan diri. Semoga dijauhi kita semua dari kecelakaan ilmiah. Wallahualam
Tok Bah
27 Ramadhan 1438
No comments:
Post a Comment